Shaharom Husain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shaharom Husain adalah seorang Tokoh Guru, sejarahwan dan budayawan dan giat sebagai seorang penulis khususnya dalam genre drama teater Malaysia yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an. Beliau dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai Batu Pahat, Johor dan telah meninggal dunia dirumah anaknya di Gombak, Selangor pada 14 Oktober 2008 pada umur 88 tahun.

Antara nama pena yang pernah digunakan oleh beliau ialah "Dharmaya", "Mashhor Malaya", dan "Shabi". Beliau telah menulis semula buku Tawarikh Johor (1950) dan menghasilkan buku Sejarah Johor dan Kaitannya Dengan Negeri-negeri Lain (1995). Allahyarham Dr Shaharom Husain pernah mendapat anugerah Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor, Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan (UKM) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (UPSI).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr Shaharom Husain mendapat pendidikan awal di Sekolah Peserai, Batu Pahat sehingga darjah empat (1928-1934). Beliau menyambung pendidikannya dalam darjah lima di Sekolah Melayu Bagan Tinggi (1935-1936). Pada tahun 1939, Shaharom Husain melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (sekarang UPSI) sehingga 1941. Semasa Perang Jepun, beliau turut mempelajari Bahasa Jepun. Pada 1958 beliau terpilih untuk memasuki Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru.

Beliau kemudian mengikut kursus Bahasa Inggeris secara pos (Australia) pada tahun 1962. Pada tahun 1963, Shaharom Husain mengikuti kursus prauniversiti secara bertulis (jarak jauh) dalam jurusan Bahasa dan Kesustrastaan Indonesia di Fakulti Sastera Universiti Nasional, Indonesia. Akhirnya pada tahun 1972, beliau memperoleh kelulusan Sarjana Muda Sastera.

Beliau mengajar di MPSI dari tahun 1946-1951 dan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Baharu (1952-1974). Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Prof Dr Awang Had Salleh pernah menjadi pelajarnya di MPSI.

Karya[sunting | sunting sumber]

Antara hasil-hasil penulisan Shahrom Husain adalah seperti berikut:

Novel[sunting | sunting sumber]

  1. 10 Julai 1511
  2. Hantu Laut
  3. Korban Sungai Muar atau Lelehan Darah di Pantai Bentan (1948)
  4. Tun Fatimah (1948)
  5. Jiwa Melarat
  6. Seri Nara
  7. Keris Laksamana Bentan
  8. Lembing Awang Pulang Ke Dayang (1957)
  9. Bermandi Darah Di Sungai Johor atau Riwayat Hidup Hang Nadim Hulubalang Melayu (1949)

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. 'Lawyer Dahlan'
  2. 'Tun Seri Lanang'
  3. 'Tongkak Kerajaan Johor'
  4. 'Si Bongkok Tanjung Puteri'
  5. 'Di Atas Pentas'

Biografi/Autobiografi[sunting | sunting sumber]

  1. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar (1985)
  2. Memoir Shahrom Husain

Kajian[sunting | sunting sumber]

  1. Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya
  2. Kajian Novel Hantu Laut

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. Melihat Australia 1
  2. Tawarikh Johor
  3. Kesan sejarah Tanah Ayer