Sheikh ul-Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sheikh ul-Islam (Shaykh al-Islam, Sheikhul Islam, Shaikh al-Islam, Şeyhülislam) adalah gelaran untuk tokoh yang mempunyai pengaruh besar dan bertaraf ulama.

Gelaran ini diberikan kepada mereka yang mengkaji Al-Quran, mempunyai ilmu yang banyak mengenai falsafahnya, mampu membandingkan pendapat berbeza dari ulama dan sarjana Islam dan menjunjung tinggi hukum-hakam agama dan menyampaikannya kepada orang awam. Gelaran Sheikh ul-Islam ini juga diberikan kepada orang yang bijak dalam agama Islam dan dipandang tinggi.

Penghafaz Al-Quran atau hafiz yang terkenal, Al-Sakhawi menulis tentang pemberian gelaran ini, dimana gelaran ini telah dianugerahkan kepada banyak orang, walaupun orang tersebut tidaklah mempunyai kemampuan yang tinggi apalagi dalam aspek memori (menghafaz keseluruhan) Al-Quran, pemberian gelaran ini juga diberi kepada orang berpengaruh walaupun tidak kira usia ataupun keadaan, gelaran ini turut diberi kepada orang yang menguasai pentadbiran Islam di komuniti yang besar atau juga kadi di bandar.

Seterusnya, ia menjadi kedudukan berprestij di Empayar Uthmaniyyah, dianugerahkan kepada mereka yang mentadbir urusan keagamaan negara.

Selepas Parlimen Turki ditubuhkan pada 1920, pejabat Sheikh ul-Islam terletak di Kementerian Syariah dan Awqaf sampai 1924, apabila kementerian dimansuhkan kerana bertentanagan dengan dasar sekularisme Turki. Pejabat digantikan dengan Autoriti Pentadbiran Agama. Sebagai penerus entiti Pejabat Sheikh ul-Islam, autoriti ini adalah autoriti paling autoturitatif di Turki kerana mentadbir Ahlus Sunnah Waljamaah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]