Mufti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri
Usul al-fiqh

Fiqh
Hukum dalam Islam
  • Batil — tidak sah, tidak betul
  • Fasiq — rosak ahklak
Gelaran cendekiawan
Kotak ini: papar  bincang  sunting

Mufti (Bahasa Arab: مفتى‎) ialah seorang sarjana, tokoh atau jawatan yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah negeri atau negara, terutama di kalangan sarjana sendiri untuk membuat keputusan penting tentang agama Islam, khususnya fatwa yang diminta oleh orang awam. Oleh itu, Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[1]

Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.

Isi kandungan

[sunting] Etika seorang mufti

Mufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar di universiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalam bahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsir al-Quran dan Hadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan.

Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah.

Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak.

Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi.

[sunting] Senarai mufti

[sunting] Afrika Selatan Afrika Selatan

[sunting] Albania Albania

  • Hafiz Sabri Cocki (Mufti Besar Albania)

[sunting] Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Arab Saudi Arab Saudi

  • Abdul-Azeez ibn Abdullaah Aal ash-Shaikh (Mufti Besar Arab Saudi)
  • Abd-al-Aziz ibn Abd-Allah ibn Baaz (Bekas Mufti Besar Arab Saudi)

[sunting] Australia Australia & New Zealand New Zealand

  • Fehmi Naji El-Imam (Mufti Besar Australia )
  • Taj El-Din Hilaly (Bekas Mufti Besar Australia )

[sunting] Azerbaijan Azerbaijan

  • Dr. Allah-Shakur bin Hemmat Bashazada (Mufti Besar Azerbaijan)

[sunting] Belarus Belarus

  • Alexandrovich Izmail (Mufti Belarus)

[sunting] Bosnia-Herzegovina Bosnia-Herzegovina

[sunting] Brunei Darussalam Brunei

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned (1994 hingga sekarang)

[sunting] Bulgaria Bulgaria

[sunting] Croatia Croatia

  • Sefko ef. Omerbasic (Mufti Besar Croatia)

[sunting] Cyprus Utara Cyprus Utara

[sunting] Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu

  • Dr. Al-Habib Ahmad bin Abd Al-Aziz Al-Haddad (Ketua Mufti Dubai)

[sunting] Eritrea Eritrea

  • Alamin Usman Alamin (Mufti Eritrea)

[sunting] Filipina Filipina

  • Omar Pasigan (Mufti Besar Kepulauan Mindanao)

[sunting] Greece Greece

[sunting] India India

  • Mufti Azam Bashir-ud-din (Mufti Besar Kashmir)
  • Syed Muhammed Afzal Hussain (Mufti Bareily Shariff)

[sunting] Itali Itali

[sunting] Jordan Jordan

  • Dr. Nuh Ali Salman Al-Qudah (Mufti Besar Jordan)
  • Abd Al-Karim Salim Sulayman Al-Khasawneh (Mufti Angkatan Tentera Jordan)
  • Izz Al-Din Al-Tamimi (Bekas Mufti Besar Jordan)
  • Sa'id Hijjawi (Bekas Mufti Besar Jordan)

[sunting] Kemboja Kemboja

  • Okhna Haji Kamaruddin Yusof (Mufti Kemboja)

[sunting] Lubnan Lubnan

  • Dr. Mohammad Rashid Qabbani (Mufti Besar Lubnan)
  • Khaled Al-Sulh (Mufti Baalbek)
  • Khalil Al-Mays (Mufti Zahleh dan Beqa'a Barat)
  • Muhammad Hasan 'Usayran (Mufti Mazhab Ja'afari Sidon dan Al-Zahrani)
  • Dr. Ussama Al-Rifaei (Mufti Akkar)

[sunting] Macedonia Macedonia

[sunting] Malaysia Malaysia

[sunting] Mesir Mesir

  • Prof. Dr. Ali Gomaa Muhammad Abd Al-Wahhab (Mufti Besar Mesir)
  • Prof. Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayeb (Bekas Mufti Besar Mesir)

[sunting] Moldova Moldova

[sunting] Montenegro Montenegro

[sunting] Negara Thai Negara Thai

[sunting] Oman Oman

  • Ahmad Al-Khalili (Mufti Besar Oman)

[sunting] Pakistan Pakistan

  • Muhammad Rafi Usmani (Mufti Besar Pakistan)

[sunting] Palestin Palestin

[sunting] Perancis Perancis

[sunting] Poland Poland

  • Tomasz Miskiewicz (Mufti Poland)

[sunting] Romania Romania

[sunting] Rusia Rusia

  • Ravil Gainutdin (Mufti Besar Rusia)
  • Rinat Rayev (Mufti Utama Daerah Persekutuan Ural)
  • Akhmat Khadzhi Abdulaev (Mufti Republik Dagestan)
  • Akhmat Shamayev (Mufti Republik Chechnya)
  • Albir Krganov (Mufti Republik Chuvashia)
  • Albogachiev Magomed (Mufti Republik Ingushetia)
  • Berdiev Ismail (Mufti Republik Cherkessia)
  • Galimzan Bikmullin (Mufti Siberia)
  • Iskhakov Gusman (Mufti Republik Tatarstan)
  • Nafiullah Ashirov (Mufti Bahagian Asia Rusia)
  • Shafig Pshikhacv (Mufti Republik Kabardino-Balkaria
  • Visam Ali Bardvil (Mufti Republik Karelia)

[sunting] Senegal Senegal

  • Shaykh Hassan Ali Cisse (Mufti Besar Senegal)

[sunting] Serbia Serbia

  • Adem Zilkic (Mufti Besar Serbia)
  • Naim Trnava (Mufti Besar Kosovo)
  • Fadil Murati (Mufti Vojvodina)
  • Hasib Suljevic (Mufti Sandzak - Pro-Serbia)
  • Muamer Zukorlic (Mufti Sandzak - Pro-Bosnia)

[sunting] Singapura Singapura

  • Syed Isa bin Mohammed bin Semait (Mufti Singapura)

[sunting] Slovenia Slovenia

[sunting] Sweden Sweden

  • Muhammad Al Ya'qoubi (Mufti Sweden)

[sunting] Syria Syria

  • Dr. Ahmad Badr Al-Din Hassoun (Mufti Besar Syria)
  • Dr. Abdul-Fattah Al-Bizm (Mufti Damsyik)
  • Ahmed Muhammad Amin Kuftaro (Bekas Mufti Besar Syria)

[sunting] Tunisia Tunisia

  • Kamal El-Din Ja'eit (Mufti Besar Tunisia)

[sunting] Turki Turki

  • Prof. Dr. Mustafa Çağrıcı (Mufti Istanbul)

[sunting] Turkmenistan Turkmenistan

[sunting] Uganda Uganda

  • Shaban Ramathan Mubajie (Mufti Uganda)

[sunting] Ukraine Ukraine

[sunting] Uzbekistan Uzbekistan

  • Abdurahman Bakhromov (Mufti Besar Uzbekistan)
  • Muhammad Sodiq Mohammad Yusuf (Bekas Mufti Besar Uzbekistan)

[sunting] Yaman Yaman

  • Al-Habib Ali Mashhour bin Muhammad (Ketua Majlis Fatwa Tarim)

[sunting] Zambia Zambia

  • Abdullah Mwale (Mufti Besar Zambia)

[sunting] Zimbabwe Zimbabwe

  • Abu Fawzaan Ismail ibn Musa Menk (Mufti Zimbabwe)

[sunting] Rujukan

  1. http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1333:mufti-perak-harus-bertaubat-dewan-ulama-pas-perak&catid=48:dewan-ulama&Itemid=128
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain