Shinmura Izuru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shinmura Izuru
Kelahiran(1876-10-04)4 Oktober 1876
Meninggal dunia17 Ogos 1967(1967-08-17) (umur 90)
Nama lain新村 出
Pekerjaanlinguist

Shinmura Izuru (Jepun: 新村 出) merupakan seorang ahli linguistik bahasa jepun dan penulis esei. Beliau terkenal dengan sumbangan kepada linguistik Bahasa Jepun leksikografi. Sebuah anugerah Shinmura Izuru Prize telah diadakan untuk sesiapa yang telah menyumbang kepada linguistik.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Shinmura dilahirkan di wilayah Yamaguchi pada 4 Oktober tahun 1876. Beliau telah lulus dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1899 di mana beliau belajar dalam bidang filologi di bawah arahan Ueda Kazutoshi. Antara tahun 1906 dan 1909 beliau belajar di luar negara di England, Jerman, dan Perancis di mana beliau belajar linguistik. Pada tahun 1919 beliau menerima Doktor Persuratan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1902, Shimura telah mengajar di Tokyo Higher Normal School, dan pada tahun 1904 di Tokyo Imperial University. Selepas pulang dari belajar di luar negara, beliau mengajar di Kyoto Imperial University untuk beberapa tahun.

Shinmura memperkenalkan ahli bahasa barat ke Jepun dan mencipta asas linguistik Jepun moden. Penyelidikan beliau termasuk kajian tentang perkembangan sejarah bahasa Jepun, kajian perbandingan bahasa Jepun dengan bahasa jiran, dan etimologi. Beliau juga membuat sumbangan penting dalam kajian mubaligh Kristian abad ke-16–17 di Jepun.[1][2][3] [4]

Semasa kerjayanya, Shinmura pernah menyusun beberapa kamus Jepun : Jien (Jepun: 辞苑, lit. "Garden of words") "Taman perkataan") pada tahun 1935, Genrin (Jepun: 言林, lit. "Forest of words") "Hutan perkataan") pada tahun 1949, dan karya Kōjien (Jepun: 広辞苑, lit. "Wide garden of words") "Taman perkataan yang luas") pada tahun 1955, yang merupakan karya beliau yang paling terkenal [2] [3]

Pada tahun 1956 Shinmura telah dianugerahkan Order of Culture untuk banyak sumbangannya. [1][2][3]

Kerja-kerja utama[sunting | sunting sumber]

  • Nanban Sarasa, Kaizōsha, 1924
  • Nanban Kōki, Iwanami Shoten, 1925
  • Tōhō Gengoshi Sōkō, Iwanami Shoten, 1927
  • Tōa Gogen Shi, Oka Shoin, 1930
  • Genrin, Zenkoku Shobō, 1949
  • Kōjien, Iwanami Shoten, 1955

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nihon Kokugo Daijiten (2000-2002)
  2. ^ a b c Nihon Rekishi Daijiten (2000)
  3. ^ a b c Britannica (2007)
  4. ^ My Pedia (2004)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Japanese). Encyclopædia Britannica, Inc. 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • My Pedia (dalam bahasa Japanese). Heibonsha. 2004.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Nihon Kokugo Daijiten (dalam bahasa Japanese). 7. Shōgakukan. 2000–2002. ISBN 4-09-521007-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Nihon Rekishi Daijiten (dalam bahasa Japanese). 2. Shōgakukan. 2000–2001. ISBN 4-09-523002-9.CS1 maint: unrecognized language (link)