Sistem kasta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang anggota Basor kasta di Uttar Pradesh, India, 1916.

Sistem Kasta pada umumnya dikaitkan dengan sistem Varna dalam agama Hindu. Pada hakikatnya, tiada perkataan kasta dalam mana-mana kitab agama Hindu.

Perkataan kasta berasal daripada Latin iaitu Castus / Casta kemudian diguna pakai oleh orang Portugis dan Sepanyol. Semasa penjajahan Portugis di India, para

sarjana barat cuba mengaitkan perkataan Casta (Latin) dengan Varna Sanskrit). Maka sistem varna dicemarkan dengan perkataan kasta. Sistem varna ialah pembahagian stratifikasi sesama manusia yang diamalkan

oleh manusia. Malahan stratifikasi ini wujud dikalangan semua manusia di seluruh dunia.'Sistem kasta' semakin pupus. Sistem Varna wujud dalam agama

Hindu, ia menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu atau Arya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas

tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah Sudra. Ia ialah tahap keupayaan minda yang dilatih sejak kecil.

Seseorang boleh mengubah kedudukan Varna sekiranya dia mendapat pendidikan Veda dan Kita-Kitab Hindu secara sempurna.


Manakala kumpulan Avarna atau Anarya ialah golongan yang terkeluar daripada agama Hindu atau telah melanggar syariat asas agama Hindu.

Golongan Avarna ini juga dikenali sebagai Anarya atau Parya atau Dalit. Mereka ini juga dikenali orang buangan.

Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem Varna. Warna Aura badan manusia berubah warna daripad gelap kecerah berdasarkan ketakwaan dan tahap minda yang positif. Tiada kaitan dengan warna kulit seseorang.
Sistem Varna
Kelas Warna Aura Badan Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Kuning Petani, Pedagang dan Pelukis
Sudra Hitam Buruh

Sejarah Sistem Kasta[sunting | sunting sumber]

Amalan Kasta TIDAK BERKAITAN dengan agama Hindu. Tiada kitab Hindu menyebut atau tertulis perkataan 'kasta'. Tiada perkataan kasta dalam bahasa Sanskrit.

Kasta ialah ciptaan manusia. Perkataan Kasta berasal daripada latin ‘castus’ (pure/ purity of blood), (tiada definisi yang paling tepat), diperkenal oleh

orang Portugis dan Sepanyol , bermaksud bangsa, keturunan, atau breed. Dalam proses Kolonisasi negara Baru, mereka menggunakan maksud "clan or

lineage" bagi kasta . Orang Portugis menggunakan perkataan Kasta terhadap orang India sejak 1498. Perkataan kasta diserap dalam bahasa Inggeris pada 1613

di India, daripada perkataan 'casta ' bagi membezakan manusia mengikut kelas tertentu berdasarkan tahap kewangan, pekerjaan atau pangkat dll. Tujuan

utama kasta dikaitkan dengan agama Hindu ialah untuk memudahkan proses pertukaran agama.

Kasta diperkenalkan oleh manusia untuk tujuan mengekalkan ego dan penguasaan ke atas kelompok manusia lain. Amalan kasta wujud dalam semua bangsa manusia

termasuk orang Islam terutamanya di India. Tiada agama yang menganjurkan kasta. Sistem kasta menjadi popular di zaman pemerintahan penjajahan Arab dan Mughal di India. Sebelum kedatangan pejajahan asing kumpulan Avarna ini kurang daripada 1% daripada populasi penduduk India. Golongan ini muncul daripada mereka yang melanggar

aturan Dharma Hindu, maka mereka ditolak daripada kehidupan penduduk setempat sebagai hukuman keatas kesalahan mereka. Apabila kumpulan penjajah dan

missionari datang, mereka mempergunakan kumpulan orang buangan ini untuk memenuhi agenda mereka. Setelah kedatangan penjajah Arab, ia menjadi anggaran

14% daripada penduduk dan mula dikenali dengan perkataan Dalit.


Maksud Sebenar Parya (Anarya) .

Orang Hindu ialah Arya dan bukan Hindu ialah Anarya atau Parya (Pariah / Dalit) atau Mleccha. Tiada kasta dalam agama Hindu. Hanya varna sahaja ada. Sama seperti dalam agama Islam, orang Islam ialah Muslim dan bukan Islam ialah Kafir. Manakala dalam agama Kristian, orang Kristian dan bukan Kristian ialah infidel.

Pariah / Parya ialah bukan Hindu atau yang murtad Hindu. Seseorang boleh jatuh Pariah sekiranya melanggar peraturan asas utama agama Hindu. Contohnya memakan daging lembu, murtad / tukar agama atau tidak mengikuti atau tidak menghormati kesemua dharma asas Hindu.


Maksud Sebenar Parya (pariah) atau Dalit atau Anarya (Avarna)

1.Orang yang memakan daging lembu, sebab ia melanggar syariat asas agama Hindu.

2.Orang yang murtad daripada agama Hindu sebab menolak akidah Hindu (kepercayaan kepada Brahman / Tuhan, Kitab Hindu, Ritual Hindu dsb).

3.Orang yang lahir Hindu tetapi tidak mengamalkan agama Hindu atas dasar tidak percaya Brahman.

4.Orang yang daripada keturunan orang Hindu yang murtad daripada agama Hindu. dll

Seseorang itu juga boleh jatuh dalam kategori parya sekiranya melanggar syarat di atas atau melanggar Dharma (perundangan asas). Terminologi Kafir, Infidel dan Pariah ialah sama maksud mengikut agama masing-masing. Parya ialah bukan Hindu, manakala Kafir ialah bukan Islam dan Infidel ialah bukan Kristian.

Robert Caldwell, missionari Kristian mengaitkan perkataan parya dengan sekumpulan penduduk pemain drum (Parai) di Tamil Nadu untuk menjatuhkan imej agama Hindu. Parya dan pariah (pemain drum) tiada kaitan. Parya ialah orang yang terkeluar daripada sistem Varna agama Hindu.

Sistem Varna adalah berpunca dari agama Hindu yang menyatakan:

  • Golongan /Tugas kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dan tidak berkaitan dengan kelahiran mereka, bergantung sepenuhnya tindakan dan keupayaan minda seseorang.
  • Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.
  • Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.
  • Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan.

Sistem kasta diamalkan oleh setiap kumpulan manusia atas pelbagai nama lain.

Sistem Kasta di dalam budaya lain[sunting | sunting sumber]

Di India, semasa pemerintahan Islam walaupun banyak orang masuk agama Islam kerana hendak lari daripada sistem kasta, namun mereka juga tidak terlepas daripada ruang kasta. Contohnya ada golongan Ashraf, Mawali dan Ajlaf. Contoh, rekod Ziauddin al Barani in Fatawa i Jahandari, Ibn Batuta, melihat sendiri di istana Sultan Delhi, jawatan tinggi hanya kepada keturunan daripada kasta tinggi Arab sahaja. Tiada amalan kasta dikalangan Muslim masih diamalkan sehingga sekarang.

Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. Di Afrika Selatan misalnya sewaktu era aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik superior berbanding masyarakat bukan kulit putih. Orang Wolof dalam Senegal dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, geer (bangsawan), jaam (hamba dan orang-orang hamba) dan bahagian bawah kelas neeno. Di Jepun pula masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri, terdapat juga kasta berdasarkan kedudukan warisan dan bukannya merit peribadi semasa tempoh Edo, sangat diformalkan dalam sistem yang dipanggil mibunsei (身分制). Di atas adalah Maharaja dan Mahkamah bangsawan (kuge), bersama-sama dengan shōgun dan daimyō. Di bawah mereka, penduduk dibahagikan kepada empat kelas: samurai, petani, Tukang dan peniaga. Hanya samurai dibenarkan untuk menanggung senjata. Seorang samurai mempunyai hak untuk membunuh mana-mana petani, Tukang kraf atau peniaga yang dia rasa tidak sopan. Pedagang adalah kasta paling rendah kerana mereka tidak menghasilkan sebarang produk. Kastes itu selanjutnya dibahagikan kepada; Contohnya, petani telah dilabelkan sebagai furiuri, tanagari, mizunomi-byakusho antara lain. Manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua. Kebanyakan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.