Sistem kawalan cengkaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sistem kawalan cengkaman (TCS), juga dikenali sebagai kawalan cegah gelinciran (ASR), ialah fungsi sekunder (tetapi tidak wajib) bagi sistem brek cegah kunci (ABS) pada kenderaan bermotor pengeluaran, direka bagi mencegah kehilangan cengkaman pada roda yang dipacu. Apabila diaktifkan ia menambah baik pengawalan pemandu memandangkan masukan pendikit tidak sepadan dengan keadaan permukaan jalan (disebabkan pelbagai faktor) menyebabkan hilang keupayaan untuk menguruskan kilasan yang dikenakan.

Sistem kawalan cengkaman bertindak melalui salah satu daripada pendekatan berikut:

  • Mengurangkan atau menahan aturan bunga api pada satu atau lebih silinder
  • Mengurangkan bekalan bahan api pada satu atau lebih silinder
  • Daya brek dikenakan pada satu atau lebih roda
  • Menutup injap pendikit, jika kenderaan dilengkapi pendikit pacu melalui wayar
  • Dalam kenderaan turbo, solenoid kawalan tekanan penggalak boleh diaktifkan bagi mengurangkan tekanan penggalak dan seterusnya kuasa enjin.

Secara amnya, sistem kawalan cengkaman berkongsi pengawal brek elektro-hidraulik (tetapi tidak menggunakan silinder brek utama dan servo konvensional), dan pengesan kelajuan roda dengan sistem brek cegah kunci.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pendahulu bagi sistem kawalan cengkaman elektronik moden boleh didapati pada kereta pacuan roda belakang berkuasa tinggi dan berkilasan tinggi sebagai sejenis pembeza gelinciran terhad, dikenali pada kenderaan General Motor sebagai Posi-Trak.[petikan diperlukan] Pembeza gelinciran terhad ialah satu sistem mekanikal tulen yang memindahkan sejumlah kecil kuasa relatif pada roda yang tidak tergelincir, sementara ia masih membenarkan sedikit pusingan roda berlaku.

Pada tahun 1971, bahagian Buick dari GM memperkenalkan MaxTrac, yang menggunakan sistem komputer terawal untuk mengesan pusingan roda belakang dan mengawal kuasa enjin pada roda-roda tersebut untuk menghasilkan cengkaman terbaik. Sistem yang eksklusif kepada kenderaan Buick sahaja ini merupakan ciri pilihan pada kesemua model saiz penuh, termasuklah Riviera, Estate Wagon, Electra 225, Centurion, dan sedan keluarga popular LeSabre. Cadillac juga memperkenalkan Sistem Pemantauan Cengkaman (TMS) yang tidak bernasib baik pada 1979 pada Eldorado yang direka semula. Ia dikritik kerana masa tindak balasnya yang lambat serta kadar kegagalan yang terlampau tinggi.

Sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Idea asas di sebalik keperluan bagi sistem kawalan cengkaman ialah perbezaan antara cengkaman bagi roda-roda berbeza yang menyaksikan kehilangan cengkaman jalan yang ketara yang seterusnya menjejaskan kawalan stereng dan kestabilan kenderaan. Perbezaan gelinciran mungkin berlaku semasa membelok ataupun keadaan permukaan jalan yang berbeza pada roda yang berbeza. Pada kelajuan tinggi, apabila kereta cenderung untuk membelok, roda luar dan dalam tertakluk kepada kelajuan putaran yang berbeza, yang secara konvensionalnya dikawal menggunakan gear pembeza. Satu penambahbaikan pada pembeza ialah penggunaan pembeza aktif yang berupaya mempelbagaikan jumlah kuasa yang dikenakan pada roda luar dan dalam mengikut keperluan (misalnya, jika membelok ke kanan, gelinciran keluar (juga disebut "olengan") dikesan, pembeza aktif boleh mengenakan lebih kuasa pada roda luar bagi meminimakan olengan (iaitu darjah pada mana roda hadapan dan belakang kereta terkeluar daripada garisan.) Pembeza aktif pula dikawal oleh pemasangan pengesan elektromekanikal yang bekerjasama dengan satu unit kawalan cengkaman.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Apabila komputer kawalan cengkaman (sering diterapkan di dalam unit kawalan lain, seperti modul sistem brek cegah kunci) mengesan satu atau lebih roda yang dipacu berpusing lebih laju daripada yang lain, ia mengaktifkan unit kawalan elektronik ABS untuk mengenakan geseran brek pada roda yang berpusing dengan cengkaman yang berkurangan. Tindakan membrek pada roda yang tergelincir akan menyebabkan pemindahan kuasa pada gandar roda dengan cengkaman bberikutan tindakan mekanikal di dalam gear pembeza. Kenderaan pacuan semua roda (AWD) sering mempunyai sistem gandingan kawalan elektronik di dalam bekas pemindah atau transgandar diaktifkan (AWD aktif separuh masa), atau terkunci lebih ketat (dalam tetapan sepenuh masa sebenar yang memacu kesemua roda dengan sedikit roda pada setiap masa) untuk membekalkan roda yang tidak tergelincir dengan (lebih) kilasan.

Ia sering berlaku semasa komputer rangkaian kuasa mengurangkan kilasan enjin tersedia dengan mengurangkan aplikasi pendikit secara elektronik dan/atau penghantaran bahan api, melengahkan pemasaan bunga api penyalaan, mematikan sepenuhnya silinder enjin, serta pelbagai lagi cara lain, bergantung kepada kenderaan serta berapa banyak teknologi yang digunakan untuk mengawal enjin dan transmisi. Terdapat keadaan di mana kawalan cengkaman tidak begitu menyenangkan, seperti cubaan untuk membebaskan kenderaan daripada tersangkut dalam salji atau lumpur. Membenarkan satu roda berpusing boleh merejangkan kenderaan ke hadapan secukupnya untuk membebaskannya, sementara kedua-dua roda mengenakan jumlah kuasa yang terhad tidak boleh memperoleh kesan yang sama. Kebanyakan kenderaan dengan sistem kawalan cengkaman mempunyai suis pemati khusus untuk keadaan sedemikian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]