Sitoplasma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan komponen-komponen subsel. Organel: (1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom (4) vesikel (5) retikulum endoplasma kesat (6) perkakas Golgi (7) sitorangka (8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion (10) vakuol (11) sitoplasma (12) lisosom (13) sentriol

Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia. Berbeza dengan protoplasma, sitoplasma tidak mengandungi nukleus sel tetapi terdiri daripada sitosol dan organel-organel sel. Sitosol terdiri daripada air, garam-garam, molekul-molekul organik, serta banyak enzim yang memangkinkan tindak balas.

Sitoplasma memainkan peranan yang penting di dalam sel, dan bertindak sebagai "sup molekul" yang menampung organel-organel. Organel-organel tersebut terapung-apung di dalamnya dan dicantumkan oleh membran lemak. Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel. Ia juga merupakan tempat simpanan bahan-bahan kimia yang sangat diperlukan untuk hidup, dan terlibat dalam tindak-tindak balas metabolisme yang penting seperti glikolisis anaerob dan sintesis protein.

Di dalam bakteria, tindak-tindak balas jujukan berlaku di dalam sitoplasma dan membran sel.

Komponen sitoplasma[sunting | sunting sumber]

Sitoplasma terdiri daripada ion-ion dan makromolekul-makromolekul boleh larut seperti enzim, karbohidrat, garam dan protein, serta sebahagian besar RNA. Komponen berair sitoplasma juga dikenali sebagai hialoplasma. Ia lebih kurang bak gel atau cecair, bergantung kepada keadaan-keadaan persekitaran dan fasa-fasa aktiviti sel. Dalam kes pertama, komponen berair ini dinamakan sitogel dan merupakan jisim pejal likat. Dalam kes kedua yang dinamakan sitosol, komponen berair ini bertindak sebagai cecair. Secara umumnya, kawasan-kawasan pinggir di dalam sel adalah bak gel dan kawasan-kawasan dalamannya adalah cecair.

Organel-organel (seperti mitokondrium, kloroplas, lisosom, peroksisom, ribosom, vakuol, sitorangka, dan struktur-struktur membran sel yang rumit seperti retikulum endoplasma) di dalam sitoplasma tidak boleh larut.

Perbezaan antara sitoplasma haiwan dan tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Sedangkan semua sel mengandungi sitoplasma, sel daripada domain-domain biologi boleh banyak berbeza dari segi ciri-ciri sitoplasmanya. Dalam alam haiwan, sitoplasma mengambil hampir separuh daripada isi padu sel, manakala di dalam sel-sel tumbuhan, sitoplasma tidak mengambil begitu banyak ruang kerana adanya vakuol-vakuol.


Organel sel
Akrosom | Dinding sel | Membran sel | Kloroplas | Silium/Flagelum | Sentrosom | Sitoplasma | Retikulum endoplasma | Perkakas Golgi | Lisosom | Melanosom
Mitokondrion | Miofibril | Nukleus | Parentesom | Peroksisom | Plastid | Ribosom | Vakuol | Vesikel