SkyCity

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SkyCity yang pada asalnya dikenali sebagai "Eye of the Needle" [1] ialah restoran berputar yang terletak di tingkat teratas menara Space Needle di Seattle, Washington. Ia menonjolkan ruang makan berbentuk cecincin selebar 14 kaki yang menampung petak-petak makan, selain daripada meja dan kerusi terbuka.

Lantai restoran ini berputar di atas sebuah sistem landasan dan roda yang lebih kurang 125 tan beratnya pada kadar satu putaran setiap 47 minit. Reka bentuk lantai putar itu amat sangat persis dan seimbang sehingga hanya memerlukan sebuah motor tunggal 1½ kuasa kuda.[2]

SkyCity menghidangkan masakan Barat Laut Pasifik yang menonjolkan makanan laut tempatan, stik, ayam, dan makanan vegetarian. Restoran itu yang mengamalkan tatapakaian kasual dianggap sebagai salah satu restoran istimewa. Tempat duduknya disusun supaya setiap meja mempunyai pemandangan wilayah metropolitan Seattle yang tidak terhalang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.