Stik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stik dihidangkan dengan mentega dan cendawan.
Dua stik rusuk yang dipanggang.

Stik (sebutannya stek) adalah sepotong besar daging, biasanya daging lembu. Daging merah, dada ayam dan ikan seringkali dipotong menjadi stik. Kebanyakan stik dipotong menegak lurus dengan serat otot. Stik biasanya dimasak dengan cara dipanggang, walaupun masih boleh digoreng.

Sebuah restoran yang membuat pengkhususan stik biasanya dikenali sebagai "rumah stik".

Kadar masakan[sunting | sunting sumber]

Jumlah waktu masakan stik tergantung individu yang meminta; masakan yang lebih cepat menghasilkan daging yang lebih lembut, dan berair, dan masakan yang lebih lama mengurangkan kesan darah dan juga mengurangkan masalah tentang penyakit. Beberapa perkataan telah diwujudkan untuk menggambarkan bagaimana stik dimasak. Dalam urutan dari mentah hingga masak:

  • Mentah - Belum dimasak. Stik tidak dimakan atau dipesan dalam bentuk ini, kecuali dalam makanan khusus, seperti stik tartar.
  • Sangat jarang - Dimasak sangat cepat; luarnya terbakar, namun bahagian dalam tidak dimasak, hanya dihangatkan. Stik akan berwarna merah di bahagian dalam.
  • Jarang - Luarnya kelabu keperangan, dan bahagian tengah berwarna merah dan bahagian antara luar dan tengah berwarna merah muda.
  • Sederhana jarang - Luarnya berwarna kelabu keperangan, bahagiannya berwarna merak muda yang hampir keperangan seperti luar. Jika tidak dinyatakan sesuatu, tukang masak sering memasak hingga ke tahap ini.
  • Sederhana - Bahagian dalamnya merah muda yang hampir kepada kelabu keperangan. Bahagian luarnya kelabu keperangan.
  • Sangat sederhana - Dagingnya hampir keseluruhan kelabu keperangan dengan sedikit kemerahan di tengahnya. Airnya telah dikurangkan pada tahap ini.
  • Masak - Dagingnya kelabu keperangan buat keseluruhan. Kelembutan dan airnya dikurangkan dan daging agak kering dan liat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]