Sleeq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sleeq merupakan kumpulan dari Singapura yang menekankan konsep hip-hop dan RnB. Ahmad Syarifullah Bin Ahmad Soribah (Syarif) merupakan penyanyi kumpulan ini manakala Muhammad Alif Abdullah (Alyph) merupakan "rapper" bagi duo berkumpulan ini. Syarif dan Alif kedua-duanya berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran mereka di Temasek Polytechnic.

Lagu dan Album Kumpulan Sleeq di Malaysia dan Singapura Telah banyak lagu-lagu Sleeq mendapat tempat di radio tempatan Singapura dan Malaysia, antaranya ialah Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.

Judul lagu lain yang terkandung didalam album Classiq ini ialah Classiq, Untuk Dia, Fireworks, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam .

Sleeq mahu dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama pop, hip-hop, R & B dan menjadi penghibur yang disegani di Singapura dan Malaysia. Lihat biodata kumpulan Sleeq .

Alyph adalah salah seorang penyanyi dalam kumpulan Sleeq. Berumur 18 tahun(2007). Memulakan pelajaran peringkat rendah di Eunos Primary School dan meneruskan pelajaran peringkat menengah di Tanjong Katong Secondary School. Sekarang Alyph meneruskan pendidikan peringkat tingginya di Temasik Poly Design School.

Syarif merupakan salah seorang penyanyi dalam kumpulan Sleeq.Berumur 19 tahun(2007). Memulakan pendidikan peringkat rendah di Qihua Primary School dan meneruskan pelajaran meningkat menengah di Woodlands Ring Secondary School. Sekarang beliau meneruskan pelajaran peringkat tinggi di Temasik Polytechnic.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Diskografi[sunting | sunting sumber]


Gandingan Najwa Latif[sunting | sunting sumber]

Album ke 3 SleeQ telah diterbitkan oleh Aaron Aziz Productions. Lagu SleeQ "Untuk Dia" adalah single pertama dari album ke-3 akan datang. Dikeluarkan semula dengan sentuhan baru, "Untuk Dia" menampilkan salah satu artis termuda dan harapan Malaysia, Najwa Latif. Najwa Latif, yang popular dengan lagu "Cinta Muka Buku" dan menjadi salah satu penyanyi termuda sebagai finalis dalam anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 (2012).

Nada khusus dan akustik Najwa Latif memberikan gabungan yang bagus untuk bunyi / duo R & B hip-hop. Lagu ini itu dicipta dan dihasilkan oleh Alyph SleeQ dirinya dan ditulis bersama bersama Ika Latif dan Zulkarnain Aziz


Pautan luar[sunting | sunting sumber]