Sosiobiologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sosiobiologi merupakan kajian saintifik yang berasaskan andaian tingkah laku atau perlakuan sosial yang menyebabkan evolusi. Sosiobiologi cuba menjelaskan dan mengkaji tingkah laku sosial dalam konteks tersebut. Walaupun sosiobiologi sering dikaitkan sebagai cabang kajian biologi dan sosiologi, sosiobioliogi turut melibatkan fromethologi, antropologi, evolusi, zoologi, arkeologi, populasi genetik dan kajian disiplin lain. Dalam kajian perhubungan manusia, sosiobiologi berkait rapat dengan bidang anthropologi Darwin, ekologi perlakuan manusia dan evolusi psiklogi.

Sosiobiologi menyiasat tingkah laku sosial, seperti corak mengawan, pergaduhan untuk wilayah, pemburuan dan pembentukan naluri sosial. Sosiobiologi menerangkan bahawa tekanan dalam pemilihan menyebabkan haiwan mengalami evolusi dalam interkasinya dengan alam semula jadi, yang mengakibatkan evolusi genetik perlakuan sosial yang bermanfaat.

Walaupun istilah "sosiobiologi" dikenal pasti sejak 1940an, konsep ini tidak mendapat sebarang pengiktirafan sehingga 1975 dengan penerbitan buku "Sosiobiologi: Sintesis baru" (Sociobiology: The New Synthesis) oleh Edward O. Wilson.

Definisi[sunting | sunting sumber]

E.O Wilson mentakrifkan sosiobiologi sebagai, "Kajian lanjutan populasi biologi dan teori evolusi dalam organisasi sosial"[1]

Sosiobiologi berasaskan premis bahawa sesetengah tingkah laku (sosial dan persendirian) diwariskan dan mungkin disebabkan oleh pemilihan semula jadi. Konsep ini berdasarkan idea bahawa sesuatu tingkah laku berubah mengikut masa, seperti proses yang sama yang berlaku dengan ciri-ciri fizikal yang dianggap melalui proses evolusi. Oleh demikian, haiwan akan bertindak dalam tingkah laku yang dianggap berkesan dalam evolusi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wilson, E.O. (1978) On Human Nature Page x, Cambridge, Ma: Harvard