Statut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Statut adalah tulisan formal undang-undang suatu negara, yang dilakar dan digubal oleh pihak legislatif, dan kemudiannya diiktiraf oleh cabang eksekutif dalam kerajaan, dan selepas itu pula diterbitkan. Secara amnya, statut mengarah, melarang, atau mengistihar polisi. Statut kadangkala dirujuk sebagai perundangan.

Dalam sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan negeri Quebec di Kanada (tetapi tidak di Malaysia dan negara-negara komanwel yang lain), statut dikumpulkan dan disusun dalam satu kod am, seperti Kod Sivil Quebec atau Kod Amerika Syarikat. Dalam keadaan ini, satu kelulusan statut akan lazimnya meminda perkataan-perkataan dalam kod tersebut berbanding menjadi dengan sendirinya menjadi undang-undang seperti di negara-negara komanwel.

Undang-undang antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Istilah statut juga merujuk kepada triti antarabangsa yang mendirikan satu institusi, seperti statut Bank Pusat Eropah, satu protokol kepada Triti Maastricht. Ini merangkumi mahkamah-mahkamah antarabangsa juga, seperti Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Statut Rom mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa.