Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes penghapusan etnik, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apapila perjanjian menandatangani Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rome.
Pada Ogos 2007, 104 negara menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Jepun menjadi ahli ke-105 pada 1 Oktober 2007. Sebanyak 41 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.
Kini, makkamah sedang memulakan siasatan berhubung situasi di Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Thomas Lumamba dan lain-lain.
Pejabat rasmi mahkamah ialah di Hague, Belanda tetapi boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat. Mahkakamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa/ mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.
[sunting] Sejarah
Pada 1948 selepas Perbicaraan Nuremberg, Tribunal Tokyo Perhimpunan Agung PBB telah mengiktiraf mahkamah tetap antarabangsa untuk menyelesaikan / membicarakan jenayah semasa Perang Dunia II. Di atas permintaan Perhimpunan Agung PBB, Jawatankuasa Undang-Undang Antarabangsa telah merangka dua draf pada awal 1950-an tetapi terbantut akibat Perang Dingin.
A. N. R. Robinson yang kemudian menjadi Perdana Menteri Trinidad dan Tobago telah mengungkit semula penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB ke-44 1989 kerana jenayah pengedaran dadah antabangsa semakin tidak terkawal. Kemudian mahkamah ini dibentuk secara ad hoc untuk cuba membicarakan kes jenayah bekas Yugoslavia dan Rwanda.
[sunting] Statut Rome
Selepas perundingan, persidangan yang diadakan di Rome, Itali pada Jun 1998 setuju untuk membuat keputusan akhir. Pada 17 Julai 1998 Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rome telah diundi dengan 120 setuju, 7 menentang dan 21 berkecuali. Tujuh negara yang menentang itu ialah Iraq, Israel, Republik Rakyat China, Qatar, Amerika Syarikat dan Yaman.
Statut Rome berjaya ditandatangani pada 11 April 2002 dengan asalnya 60 negara sahaja. Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya boleh boleh berfungsi selepas tarikh itu.
Peringkat awal, 18 hakim dipilih pada Februari 2003. Mereka memulakan sesi pada 12 Mac 2003. Isu waran tangkap menjadi isu pertama pada 8 Julai 2005.
[sunting] Keahlian
Pada Ogos 2007, 104 negara telah menerima mahkamah ini. Jepun hanya mengiktiraf pada 1 Oktober 2007 dan menjadi negara ke-105.
Sebanyak 41 negara masih belum menandatangani.