Stefanie Sun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2005The3rdTaipeiSupauCup-StefanieSun.jpg

Stefanie Sun Yanzi (bahasa Cina: 孙燕姿 pinyin: sun yanzi; lahir 23 Julai 1978) adalah seorang penyanyi Singapura yang popular. Dia kebanyakan menyanyikan lagu-lagu bahasa Mandarin, meskipun dia juga telah mengeluarkan sebuah album bahasa Inggeris.

Yanzi bersekolah di Sekolah Menengah St Margaret dan Sekolah Perempuan Raffles sebelum melanjutkan pendidikan di Universiti Teknologi Nanyang. Ayahnya adalah seorang profesor di universiti tersebut, dan ibunya adalah seorang guru. Debutnya dimulai pada Julai 2000 dengan diterbitkannya album pertamanya berjudul 孫燕姿 (Sun Yanzi). Saat ini dia biasa dibilang merupakan penyanyi terpopular di Singapura, sebagai satu daripada sedikit penyanyi Singapura yang telah memenangi penghargaan besar dalam dunia muzik Mandarin.

Sepanjang kerjaya muziknya, dia telah menerima lebih daripada 33 anugerah. Selain itu, Yanzi juga telah dua kali terpilih menyanyikan lagu tema untuk perayaan Hari Kebangsaan Singapura, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003.

[sunting] Album

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain