Stesen MRT Keppel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 CC30 
Keppel
吉宝
கெப்பல்
Keppel
Stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat
Lokasi51, Jalan Keppel
Singapore 099423[1]
Koordinat1°16′12″N 103°49′49″E / 1.269988°N 103.830385°E / 1.269988; 103.830385Koordinat: 1°16′12″N 103°49′49″E / 1.269988°N 103.830385°E / 1.269988; 103.830385
Dikendalikan olehSMRT Trains Ltd (SMRT Corporation)
Laluan
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Tingkat platform1
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalAda
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Akan dibuka2026; 2 tahun lagi (2026)
DielektrikkanYes
Nama lamaKeppel Harbour, Keppel Port[2]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   MRT   Stesen berikutnya
Laluan Circle
Circle
Future service
Lokasi
Stesen MRT Keppel is located in Bumi
Stesen MRT Keppel
Stesen MRT Keppel (Bumi)
Map

Stesen MRT Keppel ialah sebuah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat bawah tanah akan datang di mana Laluan MRT Circle berkhidmat di stesen ini. Ia terletak di Bukit Merah, Singapura. Stesen ini adalah sebahagian daripada Tahap 6 laluan Bulatan yang akan "menutup bulatan" antara stesen MRT HarbourFront dan Marina Bay. Ia dibina di dekat Jalan Keppel berdekatan dengan Pelabuhan Keppel. Stesen itu akan dibuka pada tahun 2025 bersama-sama dengan stesen CCL6 yang lain, tetapi ia telah ditangguhkan ke 2026 akibat pandemik COVID-19 di Singapura.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2015, stesen ini pertama kali diumumkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada Tahap 6 laluan Bulatan.[4] Kontrak 882 untuk pembinaan stesen MRT Keppel dan terowong yang berkaitan telah diberikan kepda China State Construction Engineering Corporation Limited (Cawangan Singapura) dan Nishimatsu Construction Co. Ltd. Usaha Sama (JV) pada jumlah 313.8 juta dolar Singapura (AS$ 227.24 juta) pada September 2017. Pembinaan bermula pada penghujung 2017, dengan jangkaan siap pada tahun 2026.[5][6][7] Pada tahun 2017, Penguasa Pengangkutan Darat telah mengadakan undian umum mengenai nama stesen ini, terdapat tiga nama yang dicalon iaitu, Keppel, Keppel Harbour dan Keppel Fort. Keputusannya, nama "Keppel" telah dipilih secara rasmi sebagai nama stesen.[2] Pada 25 Julai 2019, kerja-kerja terowong untuk CCL6 telah dimulakan dengan pelancaran Mesin Pengorek Terowong (TBM) di stesen MRT Keppel. TBM akan mengorek tanah-tanah untuk membuat laluan terowong dari stesen Keppel ke stesen CCL HarbourFront yang sedia ada.[8]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Keppel yang di mana akan memberi perkhidmatan di kawasan perpenduduk setempat seperti Downtown Core dan Keppel Distripark.[9][10]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini akan mempunyai tema landskap yang unik iaitu, bumbung hijau yang beralun (dengan tiang seperti pokok) berkonsepkan suasana semula jadi. Ia telah dirancang untuk mempunyai taman basikal bawah tanah serta menyediakan akses terus kepada penunggang basikal ke ruang legar stesen MRT Keppel.[10] Saiz stesen akan mempunyai dua tingkat dengan 250 meter (820 ka) dengan 43 meter (141 ka) dengan 22 meter (72 ka).[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keppel (CC30) - (MRT Station) - 51 Keppel Road (S)099423". streetdirectory.com. 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  2. ^ a b "LTA | News Room | News Releases | Vote for Names of Circle Line 6 Stations". www.lta.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2020. Dicapai pada 15 July 2020.
  3. ^ "Speech by Minister For Transport Mr Ong Ye Kung at MOT Committee of Supply Debate 2021 on A Tale of Three Connections". www.mot.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-08.
  4. ^ "News Room - News Releases - Joint Release by the Land Transport Authority (LTA) & SLA - Circle Line 6 – Becoming A Full Circle". LTA. 29 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  5. ^ "LTA | News Room | News Releases | LTA Awards First Three Civil Contracts for Circle Line 6". 5 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2020. Dicapai pada 5 March 2020.
  6. ^ "First Circle Line 6 contracts worth S$1.75b awarded by LTA - CNA". 5 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2020. Dicapai pada 5 March 2020.
  7. ^ "Circle Line 6" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  8. ^ "News Room - News Releases - Joint News Release by the Land Transport Authority (LTA) & SMRT - Upgrading the Circle Line in Preparation for Circle Line 6". LTA. 25 July 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  9. ^ "Circle Line: Closing The Loop. Opening New Opportunities". Keppel Land. 25 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  10. ^ a b Hetty Musfirah Abdul Khamid (29 October 2015). "With final 3 stations, Circle Line will come 'full circle' by 2025". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2016. Dicapai pada 18 June 2016.
  11. ^ C882 Keppel Station and Tunnels (Infographic at CCL6 Project Information Centre). Singapore: Land Transport Authority (LTA). 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]