Stesen bas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hentian Puduraya di Kuala Lumpur

Stesen bas ialah sebuah struktur di mana bas bandar atau antara bandar berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Ia lebih besar daripada perhentian bas, yang biasanya hanya sebuah tempat tentuan di tepi jalan, di mana bas dapat berhenti. Ia diniatkan sebagai stesen terminal untuk sebilangan laluan, atau sebagai stesen pertukaran di mana laluan-laluan bertemu.

Stesen bas terbesar di dunia ialah Stesen Bas Pusat di Tel Aviv[petikan diperlukan], Israel. Stesen ini, yang dibuka pada 1993 mempunyai luas pembinaan 230,000 m² dan jumlah luas 44 dunam (44,000 m²). Meskipun demikian, stesen ini dianggap untuk tempoh panjang sebagai suatu kegagalan, kerana lokasinya di tengah-tengah kawasan kejiranan tempat kediaman.

Pelantar stesen bas boleh dikhususkan pada laluan bas tertentu, atau dapat berubah dengan paparan sistem maklumat penumpang dinamik [1][pautan putus]. Sistem terkemudian memerlukan kurang pelantar, tetapi tidak memberikan penumpang keselesaan untuk mengetahui awal pelantar yang diperlukannya dan menunggu di situ.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]