Mentega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mentega lazimnya dijual dalam bentuk batang (gambar) atau blok, dan kerap dihidangkan dengan menggunakan pisau mentega.

Mentega (yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu.

Kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.

Mentega adalah emulsi yang kekal sebagai pepejal apabila disejukkan, tetapi masih boleh disapu pada suhu bilik, dan mencair kepada cecair nipis berkonsisten pada 32–35 °C (90–95 °F). Ketumpatan mentega ialah 911 kg/m3 (1535.5 lb/yd3).[1]

Mentega umumnya mempunyai warna kuning pucat, tetapi boleh berubah antara kuning tua hingga hampir putih. Warna mentega bergantung pada makanan haiwan dan ia lazimnya dimanipulasi dengan pewarna makanan dalam proses pengeluaran komersil, lazimnya dengan anato atau karotena.

Istilah "mentega" juga digunakan dalam nama produk yang dibuat dari kacang puri, seperti mentega kacang. Ia juga digunakan dalam nama produk buahan, seperti mentega epal. Lemak lain yang pejal pada suhu bilik juga dikenali sebagai "mentega"; contohnya seperti mentega koko dan mentega sayur. Namun dalam kegunaan umum, istilah "mentega" hampir sentiasa merujuk pada produk tenusu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Elert, Glenn. "Density". The Physics Hypertextbook. http://hypertextbook.com/physics/matter/density/. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi