Suhazeli Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Suhazeli Abdullah ialah seorang pengamal perubatan umum dan pakar perubatan keluarga[1] di Malaysia kelahiran Kampung Perol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menamatkan pengajian sarjana muda perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 1996. Kemudian beliau memperoleh Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) pada 2004 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi Konsultan pakar perubatan keluarga di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun[2] dan Klinik Kesihatan Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu[3].

Beliau terlibat dalam banyak bual bicara di Malaysia dan tertumpu kepada fiqah perubatan[2]. Beliau aktif menulis berkaitan isu perubatan semasa di laman blognya dan di portal-portal media. Beliau turut menulis beberapa buah buku berkaitan isu kesihatan khususnya mengenai vaksin. Beliau menerima Anugerah Khas Juri Media Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2018[2].

Suhazeli juga melibatkan diri dalam kerja-kerja badan kebajikan dan beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA)[3] sejak 2010.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Amirul Amzar; Dr. Suhazeli Abdullah; Mohd Dziehan (30 Mac 2019). Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah. PutehPress. ISBN 978-967-369-413-6.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Israr Khalid (24 Mac 2021). "Vaksin COVID-19: Tiada lagi isu, kini boleh daftar tanggungan di MySejahtera - Pakar". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2021.
  2. ^ a b c Ist East Coast Symposium on Men and Women's Health 2020 (PDF). Kuantan: Department of Family Medicine IIUM. 2020. m/s. 12.
  3. ^ a b EVA NATASHA SADALI (28 Mei 2021). "Semua vaksin mampu lawan varian baharu Covid-19". Harakahdaily. Dicapai pada 13 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]