Sukan Paralimpik 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukan Paralimpik XIII
Logo Sukan Paralimpik XIII

"Langit, Bumi, dan Manusia",
logo Sukan Paralimpik Beijing 2008

Tuan rumah Beijing, China
Penyertaan negara 148
Jumlah atlit lebih 9,000[perlu rujukan]
Acara 20 sukan
Upacara pembukaan 6 September
Upacara pembukaan 17 September
Dirasmikan oleh Presiden Hu Jintao
Stadium Stadium Nasional Beijing

Sukan Paralimpik Musim Panas 2008, iaitu Sukan Paralimpik yang ke-13, diadakan di Beijing, China dari 6 hingga 17 September 2008. Tanah Besar China dijangka menghantar bilangan atlit teramai. Seperti di Sukan Olimpik 2008, sukan ekuestrian diadakan di Hong Kong dan acara melayar pula di Qingdao.

Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing mengumumkan slogan Olimpik dan Paralimpik 2008 berbunyi "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想, Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想).

Lebih 4,200 orang atlit dari 148 negara menyertai temasya ini[1], menjadikannya bilangan negara paling ramai yang menyertai temasya Paralimpik (lebih 12 negara berbanding Athens), jadi adanya negara yang bertanding buat julung kalinya.[2]

Venue[sunting | sunting sumber]

19 tempat pertandingan, iaitu 17 di Beijing, satu di Hong Kong, dan satu lagi di Qingdao, telah terpilih untuk mengadakan Sukan Paralimpik 200.[3]

  1. Stadium Nasional Beijing (Sarang Burung)
  2. Pusat Akuatik Nasional Beijing (Kiub Air)
  3. Stadium Tertutup Nasional Beijing (Kipas)
  4. Padang Gimnasium Main Pedang Olimpik
  5. Padang Olimpik Memanah
  6. Padang Hoki Olimpik
  7. Pusat Padang Olimpik Tenis (Bunga-bunga)
  8. Gimnasium Universiti Peking
  9. Gimnasium Universiti Beihang
  10. Gimnasium Universiti Pertanian China
  11. Gimnasium Universiti Sains dan Teknologi Beijing
  12. Gimnasium Institut Teknologi Beijing
  13. Lapangan Sasar Menembak Tanah Liat Beijing
  14. Venue Perlumbaan Basikal (BMX) Laoshan
  15. Arena Tertutup Pekerja
  16. Taman Mendayung-Berkanu Olimpik Shunyi
  17. Venue Triathlon Beijing
  18. Venue Ekuestrian Hong Kong
  19. Pusat Kapal Layar Antarabangsa Qingdao

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan