Sulaiman Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Sulaiman Abdul Razak adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas ADUN Permatang selama 2 penggal (2008-2018) daripada BN-UMNO.

Datuk

Sulaiman Abdul Razak

PMW, SMS, KMN, PPN, JSS
Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang
Memegang jawatan
2022
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Pengerusi UMNO SelangorMegat Zulkarnain Omardin
Didahului olehNoh Omar
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Permatang
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Abdul Aziz Mohd Noh
Digantikan oleh Rozana Zainal Abidin
Majoriti1,026 (PRU-13)
608 (PRU-12)
Butiran peribadi
Parti politik
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau juga adalah pengurus besar Redha Resources Sdn. Bhd. Mula menceburkan diri dalam politik secara serius pada tahun 1986, selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan (UKM), Bangi, Selangor. Pengajian selama 4 tahun dibidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menyemai minat yang sangat mendalam didalam bidang ini, dan ia bermula bilamana terlibat secara langsung dengan Pilihanraya Kampus Universiti pada tahun 1983/84. == Pada tahun berkenaan (1983-1984) bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan dengan mewakili Tindakan Siswa Bersatu (TSB), yang lebih bersifat pro aspirasi Kerajaan dan penglibatan secara langsung ini telah melahirkan minat yang sungguh mendalam untuk terus bergiat cergas didalam politik dan mula menyertai UMNO pada tahun 1987.

Disepanjang penglibatan secara aktif selama 20 tahun diarena politik UMNO Bahagian Kuala Selangor dan UMNO Bahagian Tanjung Karang, telah diberikan peluang untuk memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan, Ahli Jawatan Kuasa (EXCO) Pemuda Bahagian, Ketua Penerangan (EXCO) Pemuda Bahagian, menjadi Ketua UMNO Cawangan, menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, dan Ketua Pemuda Barisan Nasional peringkat Parlimen, sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Bendahari UMNO Bahagian, dan terkini Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, telah diberi peluang untuk menjadi Jurucakap / Pembahas Usul, Pengerusi Biro Agama  dan Dakwah, seterusnya sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Anugerah Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • - Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk. Diterima pada 1hb Februari 2015

(2)  S.M.S.(Setia Mahkota Selangor)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia    Sultan  Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pengurniaan Di Terima Tahun 2004

(3)  K.M.N.(Kesatria Mangku Negara)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Oleh Kebawah Duli Duli Seri Baginda Paduka Yang di Pertuan Agong Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pengurniaan Di Terima Tahun 2012

(4)  P.P.N (Pingat Pangkuan Negara)

Pengurniaan Pingat Persekutuan Oleh Kebawah Duli Seri Baginda Paduka Yang di Pertuan Agung X11, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pengurniaan Di Terima Tahun 2006

(5)  J.S.S (Pingat Jasa Setia Selangor)

Pengurniaan Pingat oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, MAYC Negeri Selangor Darul Ehsan Oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Dr.)Haji Abu Hassan B. Haji Omar, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan

Pengurniaan Di Terima Tahun 1999

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor:

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Permatang Sulaiman Abdul Razak BN (UMNO) 8,050 Rozana Zainal Abidin PH (PKR) 9,208 1,158
Muhammad Jafarudin Sheik Daud PAS 2,746
2013 Sulaiman Abdul Razak BN (UMNO) 9,049 Mohd Yahya Mat Sahri PKR 8,023 1,026
Low Tan BEBAS 76
2008 Sulaiman Abdul Razak BN (UMNO) 6,975 Mazlan Hassan PKR 6,367 608

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.