Sultan Sulaiman Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Sulaiman Shah II
Sultan Kedah ke-12
Pemerintahan1602–1625
Didahului olehSultan Mudzaffar Shah III
Diikuti olehSultan Rijaluddin Muhammad Shah
Kemangkatan28 Februari 1626
Aceh
PasanganChe' Ratnamala
AnakandaSultan Rijaluddin Muhammad Shah
KerabatKedah
AyahandaSultan Mudzaffar Shah II
BondaChe' Tempawan

Sultan Sulaiman Shah II ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah adalah Sultan Kedah ke-12. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mudzaffar Shah II dan Che Tempawan

Pada 3 Ogos 1602, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-12 dan bersemayam di Kota Siputeh

Ketika baginda memerintah, kegiatan lanun telah berkurangan akibat dibanteras oleh Raja Laksamana

Pada 15 April 1625, Nakhoda Lamun dari Inderagiri telah mengadap Raja Bendahara Uthman untuk memaklumkan bahawa Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Mahkota Alam sedang bersiap siaga untuk melanggar Kedah

Maka bermuafakatlah Raja Bendahara Uthman dengan orang-orang kanannya seperti Raja Laksamana dan Raja Temenggung

Setelah selesai persiapan dibuat, Raja Bendahara, Raja Temenggung, Dato’ Seraja Imam dan beberapa yang lain telah mengadap baginda di Balai Penghadapan

Dato’ Seraja Imam telah memberikan cadangannya dengan cara berdiplomasi bagi mengelakkan banyak pertumpahan darah berlaku yang melibatkan rakyat Kedah

Pada 14 Julai 1625, Sultan Aceh bersama bala tenteranya telah berangkat keluar dari negeri Aceh dan tiba di Pulau Panjang, Setul

Baginda memerintahkan anakandanya, Tengku Rijaluddin untuk menyambut rombongan Aceh itu dengan membawa surat

Pada 15 Ogos 1625, Sultan Aceh bersama rombongannya berangkat dari Pulau Panjang menuju ke Kuala Sanglang

Di Kuala Sanglang, rombongan Aceh itu dibawa menaiki gajah ke Kota Seputeh

Apabila tiba di Kota Seputeh, rombongan Aceh itu pula disambut dengan penuh istiadat sehingga berasa hairan dan amat malu

Maka tinggallah rombongan Aceh itu di Kota Seputeh dengan suka ria

Baginda sering mengajak Sultan Iskandar untuk berburu rusa dan bermain-main di Padang Jangam

Pada 12 November 1625, baginda bersama Raja Temenggung, Dato’ Paduka Lela Putra, Dato’ Lela Pahlawan, Dato’ Seri Karma Jaya, Dato’ Seraja Imam, Dato’ Gedang Pahlawan dan Dato’ Lela Angkasa Kuala Perai telah mengiringi rombongan Sultan Aceh ke negeri Aceh

Baginda melantik Raja Bendahara Uthman sebagai Pemangku Raja manakala Kota Seputeh diserahkan kepada Tengku Rijaluddin untuk menjagakannya

Pada 20 Disember 1625, rombongan baginda telah selamat tiba di Aceh bersama Sultan Aceh

Pada 28 Februari 1626, baginda telah mangkat akibat kegeringan di Istana Pagar Awan, Aceh dan dimakamkan di Langgar Kota Pagar Awan, Aceh

Pada 19 Mac 1626, Raja Temenggung dan jemaah menteri yang mengiringi baginda telah berangkat pulang semula ke Kedah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Mudzaffar Shah III
Sultan Kedah
1602–1625
Diikuti oleh:
Sultan Rijaluddin Muhammad Shah