Album runut bunyi Sumber Ilhamku[1] adalah antara album runut bunyi terbaik yang pernah dihasilkan ditangan komposer tersohor Ahmad Nawab selain album Hapuslah Airmatamu.[perlu rujukan] Banyak lagu dalam album ini popular dan diminati ramai dan secara tidak langsung telah mengangkat Sumber Ilhamku(arahan allahyarham Aziz Jaafar) sebagai filem box office. Album terbitan dan edaran WEA Records pernah di'beku'kan seketika pengedarannya apabila EMI Malaysia menyaman WEA Records kerana telah menampilkan Sharifah Aini tanpa kebenaran syarikat naungannya.