Sungai Chepor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Chepor

Sungai Chepor terletak di Chepor, Ipoh, Perak. Di Ulu Chepor terdapar hutan rekreasi yang menarik. Chepor atau 'kepor' ialah nama sejenis ikan sungai, hampir menyamai bentuk ikan temakang, tetapi lebih kecil.

Sekitar tahun 1980-1986, sungai ini dicemari najis babi dari ladang babi berhampiran. Namun begitu, segelintir penduduk di Kampung Kelebang mandi di sungai itu kerana tidak ada pilihan lain. Pembinaan Kawasan Perindustrian Tasek terutama kilang simennya telah merubah wajah kawasan sekitar. Air sungai ini mengalir ke Sungai Pari dan Sungai Kinta.