Sungai Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Kinta mengalir ke Sungai Perak . Kuala Sungai Kinta terletak di selatan Kampung Gajah . Dialek Perak menyebutnya sebagai 'Sungei Kente'.

Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Warna air sungai sangat keruh kerana dicemari oleh lombong bijih timah suatu ketika dahulu.

Beberapa buah bandar dilaluinya.Antaranya ialah Ipoh, Pasir Putih,Pengkalan Pegoh , Pusing, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan Kampung Gajah. Di Tanjung Tualang , ramai pemancing memancing ikan kalui, toman , baung dan lain-lain.

Pada 20 Oktober 2008, Datuk Ong Siew Heng selaku Pengarah Bahagian Sungai JPS Malaysia berharap kualiti Sungai Kinta dapat ditingkatkan ke tahap 2B. Antara usaha memulihkan Sungai Kinta, JPS mengambil pelbagai langkah termasuk memasang perangkap sampah, pengurusan sisa di tapak pelupusan sampah, perangkap kelodak di tempat yang sesuai dan meningkatkan simpanan air serta mengenalpasti kesan-kesan pencemaran. JPS memilih Sungai Kinta sebagai model dalam program Satu Negeri Satu Sungai . [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]