Sungai Kurong Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kurong Hitam
Sungei Kurong Hitam, Sg. Kurong Hutam
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahDaerah Kubang Pasu
MukimSungai Laka, Temin
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasisempadan Malaysia–Thailand
 • koordinat6°31′48″N 100°27′27″E / 6.529929°N 100.457547°E / 6.529929; 100.457547
MuaraSungai Tok Kassim 
 • lokasi
barat laut FELDA Bukit Tangga
 • koordinat
6°30′35″N 100°27′06″E / 6.50978°N 100.45165°E / 6.50978; 100.45165Koordinat: 6°30′35″N 100°27′06″E / 6.50978°N 100.45165°E / 6.50978; 100.45165
 • ketinggian
67 meter (219.8 ka)
Panjang3.2 kilometer (2.0 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tok Kassim → Sungai TeminSungai BataSungai Tanjung PauhSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kananSungai Tangga

Sungai Kurong Hitam (Jawi: سوڠاي كوروڠ هيتم), atau juga dikenali sebagai Sungei Kurong Hitam sebelum tahun 1972,[2][3] dan Sg. Kurong Hitam ialah sebatang sungai di Daerah Kubang Pasu, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[4][5] Sungai Kurong Hitam mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Temin, dengan anggaran panjangnya mencecah 3.2 kilometer (2.0 bt) bermula di sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand dan tamat di pertemuan Sungai Tok Kassim.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Sungai Kurong Hitam dijumpai dalam gazetir Bahasa Jepun, iaitu "大南洋地名辞典. 第3巻: 馬來及北西ボルネオ" (Jepun: lit. Gazetir Laut Pasifik Selatan. Edisi 3: Tanah Melayu dan Borneo Tenggara), yang diterbitkan pada tahun 1942, dan ditulis oleh Miyoshi Tomoju (Jepun: 三吉朋十), dengan nama "Sungei Kurong Hitam".[3] Seterusnya, nama Sungei Kurong Hitam juga direkodkan kedua kalinya dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°31′N 100°27′E / 6.517°N 100.450°E / 6.517; 100.450.[2]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sumber bagi Sungai Kurong Hitam terletak di sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand, dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 133 meter (436.4 ka). Sungai Kurong Hitam akan melalui kawasan perhutanan Hutan Simpanan Kekal Bukit Tangga, menelusuri kaki bukit Bukit Kayu Hitam (atau Khuan Mai Tam) dan Bukit Tangga (atau Khau Tang Ka dan Kuan Takadai). Kira-kira satu kilometer dari sumber, Sungai Kurong Hitam akan memasuki zon pentadbiran Mukim Sungai Laka, meninggalkan Mukim Temin. Setelah menjelajah sepanjang 2.15 kilometer (1.34 bt) dari sumber, Sungai Tangga dari Bukit Tangga akan bermuara di sini. Sungai Kurong Hitam akan tamat dengan membuat pertemuan antara Sungai Tok Kassim di Kampung Padang Donan.[1][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b Miyoshi Tomoju (1 Januari 1942). 大南洋地名辞典. 第3巻: 馬來及北西ボルネオ (Dai nanyo chimei jiten. Dai 3-kan: Malaya Hokusei Boruneo) [Gazetir Laut Pasifik Selatan. Edisi 3: Tanah Melayu dan Borneo Tenggara] (dalam bahasa Jepun). Maruzen. ASIN B06X6B52V8.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  5. ^ a b "Sungai Kurong Hitam, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 27 Februari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]