Sungai Lukut Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Lukut Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahPort Dickson
MukimJimah
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Jimah, Sungai Putting
 • lokasiKampung Kebun Jimah
 • koordinat2°36′05″N 101°49′58″E / 2.601471°N 101.832706°E / 2.601471; 101.832706
 • ketinggian9 meter (29.5 ka)
MuaraSelat Melaka 
 • lokasi
di Kuala Lukut Besar
 • koordinat
2°34′44″N 101°47′18″E / 2.579°N 101.7884°E / 2.579; 101.7884Koordinat: 2°34′44″N 101°47′18″E / 2.579°N 101.7884°E / 2.579; 101.7884
Panjang7.8 kilometer (4.8 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Pak Mail, Sungai Sendayan, Sungai Putting
 • kananSungai Tanah Merah, Sungai Jimah

Sungai Lukut Besar (Jawi: سوڠاي لوکوت بسر), merupakan sebatang sungai di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[2] Sungai Lukut Besar mengalir di bahagian selatan Mukim Jimah, bermula di pertemuan Sungai Jimah dan Sungai Putting serta tamat di pertemuan Selat Melaka.[1][3] Ia terletak kira-kira 62 kilometer (38.5 bt) ke arah selatan dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Sungai Lukut Besar dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 2°37′N 101°51′E / 2.617°N 101.850°E / 2.617; 101.850.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri GSGS 4203 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey) dan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, sumber bagi Sungai Lukut Besar terletak di pertemuan Sungai Putting dan Sungai Jimah di Kampung Kebun Jimah dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 9 meter (29.5 ka).[5] Sungai Lukut Besar akan mula mengalir ke selatan dan menjadi sempadan antara mukim Jimah dan Port Dickson sepanjang 1.25 kilometer (0.8 bt)[1] Seterusnya, sungai ini akan memasuki zon pentadbiran Pekan Lukut lalu direntasi Jalan Bukit Palong dan bertemu dengan Sungai Sendayan dan Sungai Pak Mail. Sungai ini akan mula mengalir ke barat laut dan bertemu dengan Sungai Tanah Merah sebelum bertemu dengan muara sungai di Selat Melaka.[1]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Menurut peta FMS Survey, terdapat tujuh anak sungai bermuara di Sungai Putting.[5]

Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, terdapat 13 anak sungai bermuara di sungai ini.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ "Dokumen Gazetir - Negeri Sembilan 2022" (PDF). Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi Malaysia. m/s. 120. Dicapai pada 2023-03-14.
  3. ^ "Sungai Lukut Besar, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 14 Mac 2023.
  4. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  5. ^ a b Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1951) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1951 – Seremban (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 3F/8. Malaysia.