Sungai Ping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Ping
Lokasi
NegaraThailand
Ciri-ciri fizikal
MuaraSungai Chao Phraya
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiChao Phraya basin
Peta Lembah Sungai Ping di Thailand

Sungai Ping (Thai: แม่น้ำปิง), dan Sungai Nan merupakan dua buah sungai yang mengalir masuk dan membentuk Sungai Chao Phraya.[1] Sungai ini berpunca dari Doi Chiang Dao di daerah Amphoe Chiang Dao, wilayah Chiang Mai. Selepas melalui bandar Chiang Mai ia mengalir ke wilayah Lamphun, wilayah Tak, dan wilayah Kamphaeng Phet. Apabila ia bertemu dengan Sungai Nan dekat Nakhon Sawan di wilayah Nakhon Sawan Province ia membentuk Sungai Chao Phraya pula.

Cawangan sungai[sunting | sunting sumber]

Cawangan sungai utama ialah Sungai Wang.

L embah Ping[sunting | sunting sumber]

Lembah Ping sebahagian daripada Lembangan Chao Phraya, seluas 33,896 km² dari keluasan negara Thailand. Keluasan sebenarnya ialah 44,688 km². Lembah Ping merupakan kawasan tadahan hujan yang penting, penting untuk pengairan kawasan pertanian di Thailand. Terdapat 3000 empangan sungai di Thailand. Keluasan Thailand menyamai keluasan negara Sepanyol.

Taman Negara[sunting | sunting sumber]

Sungai Ping mengalir melalui Taman Negara di utara Thailand. Oleh itu ia menjadi kawasan pemeliharaan spesies flora dan fauna.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mae Ping River: Lifeline of Chiangmai Province". Chiangmai and Chiangrai Magazine. 2008. Dicapai pada 2009-04-02.

Koordinat: 19°30′N 98°58′E / 19.500°N 98.967°E / 19.500; 98.967