Lamphun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ลำพูน
Lamphun
Peta Thailand menunjukkan Lamphun
Statistik
Keluasan (km²) 4,505.9
Jumlah penduduk 413,299 (2000)
Kepadatan (orang/km²) 92

Provinsi Lamphun (bahasa Thai: ลำพูน) ialah salah satu provinsi (changwat) utara Thailand. Provinsi-provinsi berjirannya termasuk (dari utara ikut arah jam) Chiang Mai, Lampang dan Tak.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Lamphun terletak di lembah Sungai Ping, dan dikelilingi oleh banjaran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di bawah nama Haripunchai, nama lamanya, Lamphun merupakan kota yang paling utara di dalam kawasan kemaharajaan Mon ketika zaman Dvaravati, serta kota yang terakhir untuk jatuh ke tangan Thai. Pada lewat abad ke-12, ia dikepung oleh tentera Khmer, tetapi tidak jatuh. Bagaimanapun pada tahun 1281, Raja Mengrai dari Lannathai akhirnya menawan kota ini, dan menjadikannya sebagai sebahagian kemaharajaannya.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor provinsi memaparkan kuil Wat Phra That Haripunchai yang sudah menjadi kuil utama di dalam kota Lamphun ketika zaman Mon. Menara keemasannya dikatakan mengandungi tinggalan Buddha.

Bunga provinsi ialah bunga Semarak Api (Butea monosperma), dan pokok provinsinya Pokok Hujan-hujan (Samanea saman).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Provinsi Lamphun dibahagikan kepada 7 buah daerah (Amphoe) dan sebuah daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan pula menjadi 51 buah komun (tambon) dan 520 buah desa (muban).

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Lamphun
  2. Mae Tha
  3. Ban Hong
  4. Li
  1. Thung Hua Chang
  2. Pa Sang
  3. Ban Thi
  1. Wiang Nong Long

Pautan luar[sunting | sunting sumber]