Sungai Tellian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tellian
Sungai Tillian, Sungai Talian
Sungai Tellian menuju ke hulu
Sungai Tellian is located in Bumi
Sungai Tellian
Sungai Tellian (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira dua kilometer ke utara dari Ladang Rinwood, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 8 dan 10 meter (26.2 dan 32.8 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Kampung Penakub Permai, Kampung Datu dan Kampung Sungai Ragei, Daerah Mukah
 • koordinat
2°53′43″N 112°06′05″E / 2.89537°N 112.1013°E / 2.89537; 112.1013Koordinat: 2°53′43″N 112°06′05″E / 2.89537°N 112.1013°E / 2.89537; 112.1013
 • ketinggian
di antara 0 dan 2 meter (0.0 dan 6.6 ka)
Panjang8.55 kilometer (5.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Anak sungai 
 • kiriSungai Maba, Sungai Ubong, Sungai Misan, Sungai Papa, Sungai Nukang, Sungai Berani
 • kananSungai Pegei, Sungai Sulong, Sungai Teloh, Sungai Genai, Sungai Melai, Sungai Nasah, Sungai Nong, Sungai Simai
Peta topografiJUPEM Mukah (DNMM5201/MY512A)

Sungai Tellian (Jawi: سوڠاي تللين) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an dengan nama yang dipaparkan ialah "Sungai Tillian".[3] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Tellian telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1735345.[5] Juga dicatatkan nama lain bagi toponim bentuk muka ini seperti Sungai Tillian dan Sungai Talian.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Tellian berpunca di sekitar kawasan pertanian yang bertanah pamah dan berpaya air tawar di dalam Daerah Mukah, Sarawak. Punca bagi Sungai Tellianterletak lebih kurang dua kilometer ke bahagian utara dari Ladang Rinwood. Kebanyakanya, aliran air Sungai Tellian mengalir menuju ke muaranya di Batang Mukah dengan ke arah utara dengan melalui beberapa kawasan perkampungan di tebing kiri dan kanannya. Kawasan perkampungan yang berada di kedua-dua tebing Sungai Tellian ialah Kampung Telian Daya, Kampung Tellian Hulu, Kampung Seri Telian, Kampung Kuala Tillian, Kampung Datu, Kampung Telian Jaya, Kampung Penakup Permai dan Kampung Sungai Ragei. Setibanya di penamat Sungai Tellian, sungai ini akan bercamtum dengan Batang Mukah yang terus mengalir ke Laut China Selatan. Muara bagi Sungai Tellian terletak di dalam tiga kawasan perkampungan yang saling berdekatan iaitu Kampung Datu, Kampung Penakup Permai dan Kampung Sungai Ragei.[1][2]

Sungai Tellian mengalir sepanjang kira-kira 8.55 kilometer (5.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Tellian terletak di ketinggian di antara 8 dan 10 meter (26.2 dan 32.8 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Tellian pula terletak di ketinggian di antara 0 dan 2 meter (0.0 dan 6.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tellian merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Sungai Tellian juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Penakup dan Sungai Tanjong.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tellian.[6] Kawasan lembah Sungai Tellian dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan, tanah perkuburan, dan pertanian.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Tellian termasuk Kampung Telian Daya, Kampung Tellian Hulu, Kampung Seri Telian, Kampung Kuala Tillian, Kampung Datu, Kampung Telian Jaya, Kampung Penakup Permai, Kampung Sungai Ragei, Ladang Rinwood dan Ladang Pelita Sago.[1]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Sungai Tellian mempunyai 14 batang cabang sungai yang mempunyai nama iaitu:[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Penakup, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tanjong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Tellian, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.