Suria KLCC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menara Berkembar Petronas. Suria KLCC terletak di tapaknya

Suria KLCC merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Penghuni Suria KLCC[sunting | sunting sumber]

Aquaria KLCC[sunting | sunting sumber]

Menampilkan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 150 spesies ikan yang berbagai-bagai dari Malaysia dan seluruh dunia.

Belle[sunting | sunting sumber]

Butik beraneka jenama yang ditujukan kepada peminat fesyen yang muda dan sering mengikut trend semasa. Jenama pakaian dan aksesori yang dijual di sini termasuk D&G oleh Dolce and Gabbana, Seven Jeans, Cacharel, Chloé serta Roberto Cavalli.

Dewan Filharmonik Petronas[sunting | sunting sumber]

Dewan Filharmonik merupakan dewan konsert di Suria KLCC, yang mendadi pangkalan utama Orkestra Filharmonik Malaysia. Siling dewan diperbuat daripada sesuatu bahan lutsinar yang akustik. Di atas siling tersebut terdapat siling boleh ubah yang berfungsi sebagai pemantul akustik. ini bermakna dewan ini boleh "diselaraskan" menjelang persembahan, menjadikan dewan itu sendiri sebagai instrumen terbesar dalam mana-mana orkestra yang mengadakan konsert di dalamnya. Instrumen kedua terbesar dalam dewan merupakan organ paip Klais yang dilengkapi 4,740 batang paip.

Galeri Petronas[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga galeri seni dalam Suria KLCC bernama Galeri Petronas, yang dikenali sebagai selah satu tempat pameran seni terulung di Malaysia.

Isetan[sunting | sunting sumber]

Syarikat gedung serbaneka dari Jepun, Isetan mempunyai cawangan di Suria KLCC. Isetan merupakan salah satu penghuni utama Suria KLCC, mengambil ruang mengufuk setinggi lima aras setara dengan ketinggian Suria. Gedung ini kerap dikunjungi oleh pelancong dari Jepun, Korea, Singapura serta pembeli tempatan yang mengejar pelbagai jenis barang dan jenama. Jenama barangan mewah dan pakaian rekaan khas seperti Dior, Celine, DKNY, Calvin Klein dan Polo Ralph Lauren mendirikan kedai kecil di dalam Isetan.

Kinokuniya[sunting | sunting sumber]

Kedai buku Kinokuniya mendirikan cawangan besar di Suria KLCC, mengambil dua aras dan menghadap kawasan kolam di luar Suria KLCC. Kinokuniya menerapkan fungsi lazim sesebuah kedai buku dan menampilkan kafe.

Petrosains[sunting | sunting sumber]

Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.

Tiffany & Co.[sunting | sunting sumber]

Cawangan KLCC merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang didirikan penjual berlian kegemaran Amerika, Tiffany and Co. Butik ini menempatkan koleksi berlian terkini yang direka oleh Jean Schlumberger dan Elsa Perreti serta jam tangan dan set pinggan mangkuk eksklusif yang diperbuat daripada batu porselain tulang asli.

Panorama dalaman Suria KLCC

Pautan luar[sunting | sunting sumber]