Taman Herba Negeri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba Negeri Perak terletak di Kampung Kepayang, 1 km dari Simpang Pulai, Perak, Malaysia. Lokasinya di di persimpangan Jalan Gopeng-Batu Gajah. Asalnya ialah taman pelbagai herba. Pengurus taman itu ialah Bala Subramaniam .

Taman ini mempunyai 3 bekas lombong bijih timah seluas 14 hektar dengan 8 hektar kawasan tanaman pelbagai herba. Spesies popular ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba. Pengunjung boleh merasai pelbagai herba. Selain itu boleh memancing di bekas lombong.

Herba lain yang ditanam ialah mas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, tongkat ali, hempedu bumi, daun sekentut, keman air, cekur kampung, bebuas, legundi, panah durjana, kucing galak, kapal terbang dan kecubung. Rempah ratus yang terdapat seperti lada hitam, kayu manis, kulim, pala, bunga cengkih dan lengkuas. Herba kosmetik yang ditanam seperti lidah buaya, nilai, lemuju, avokado dan delima. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]