Taman Mahkota Jubli Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Mahkota Jubli Emas
Taman Mahkota Jubli Emas dengan berlatakbelakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien
Map
Jenistaman bandar, persiaran
LokasiBandar Seri Begawan, Brunei
Koordinat4°53′19″N 114°56′15″E / 4.888556°N 114.937444°E / 4.888556; 114.937444Koordinat: 4°53′19″N 114°56′15″E / 4.888556°N 114.937444°E / 4.888556; 114.937444
Keluasan12 hektar (30 ekar)
Dibuka pada
22 Oktober 2017 (2017-10-22)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Mahkota Jubli Emas ialah sebuah taman bandar di Bandar Seri Begawan, Brunei. Taman ini dibuka pada 22 Oktober 2017 sempena sambutan jubli emas KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta sebagai Sultan Brunei semasa dan yang ke-29.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Taman ini merupakan hasil dari pengkonsepan Eko-Koridor Sungai Kedayan, sebuah projek untuk menggiatkan semula Sungai Kedayan, yang merangkumi mitigasi banjir, pemulihan alam sekitar dan pembangunan kawasan awam.[1][2][3][4] Projek Eko-Koridor ini ialah sebahagian dari Pelan Induk Pembangunan Bandar Seri Begawan, yang bertujuan untuk 'penggiatan semula' Bandar Seri Begawan, khususnya di kawasan Pusat Bandar, dengan pembangunan lanjutan infrastrukur komersil, kediaman dan perkhidmatan.[1][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan taman bermula pada Januari 2016 dan projek ini termasuk dalam Rancangan Kemajuan Ke-10 (RKN10) di bawah Kementerian Pembangunan.[5][4]

Pada 22 Oktober 2017, taman ini dibuka rasmi oleh KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah, bersempena dengan sambutan jubli emas baginda menaiki takhta pada 5 Oktober 2017.[perlu rujukan]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar 'Ali Saifuddien

Taman Mahkota Jubli Emas ialah taman berkeluasan 12 hektar (30 ekar) yang terletak di bahagian berdekatan kuala Sungai Kedayan dengan Sungai Brunei.[3] Taman ini mempunyai persiaran selebar 6 meter (20 kaki) untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, serta sebuah taman bunga dan kawasan lapang hijau untuk aktiviti riadah.[3]

Terdapat sebelas pusat akses ke dalam taman: sembilan dari darat dan dua dari sungai melalui jeti.[3] Salah satu pusat akses tersebut ialah melalui Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang menyeberangi Sungai Kedayan dan menyambung taman dengan kawasan di seberang.[perlu rujukan]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Taman, dan projek Eko-Koridor secara umum, dibangunkan di kawasan Kampong Ayer, khususnya di kawasan yang merangkumi kampung-kampung di bawah Mukim Sungai Kedayan. Pembangunan ini menyebabkan penempatan semula kira-kira 500 penduduk dari kawasan itu dan seluruh mukim kini tidak lagi wujud.[3] Projek ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap daya hidup dan kewujudan komuniti Kampong Ayer, yang telah menghadapi isu penduduk yang semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan yang berterusan ke tanah sejak bertahun-tahun.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (http://www.hydrant.co.uk), Site designed and built by Hydrant (2013-05-02). "Sustainable developments: A master plan for redevelopment could bring significant changes to". Oxford Business Group (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-22.
  2. ^ "SMEC :: Sg. Kedayan Eco-Corridor Project". www.smec.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-22.
  3. ^ a b c d e "Sungai Kedayan Eco-Corridor: A piece of the BSB Masterplan comes to life - The Scoop". The Scoop (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-19. Dicapai pada 2017-10-22.
  4. ^ a b Guan, Tan Wee (2017-01-24). "Brunei crown prince visits development plan projects". Asia News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29. Dicapai pada 2017-10-22.
  5. ^ a b "Sungai Kedayan Regeneration Project slated for completion in May 2018". 3g.modasys.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-23. Dicapai pada 2017-10-22. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Kampong Ayer Research | Academy of Brunei Studies (Akademi Pengajian Brunei - APB)". apb.ubd.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-22.