Taman Sri Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Sri Muda
Geografi
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Shah Alam

Taman Sri Muda ialah sebuah kawasan perumahan terletak di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Pada hujung tahun 2021, Taman Sri Muda dilanda banjir kilat sehingga banyak kerosakan teruk berlaku di Taman Sri Muda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2021, hujan lebat berterusan sehingga air naik secara mendadak di beberapa kawasan tersebut di Taman Sri Muda.

Senarai pangsapuri[sunting | sunting sumber]

  • Pangsapuri Taman Damai
  • Apartment Valencia
  • Apartment Mediteranean
  • Apartment Andorra

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas Rapid KL dua tingkat laluan 751 di Pasar Seni pada tahun 2024

Taman Sri Muda dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan 751 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Laluan bas 751 akan bermula di Hentian Akhir Bandar (HAB) Pasar Seni di Platform B, di Jalan Sultan Mohamed, Kuala Lumpur (kod hentian bas – KL2214) dan tamat di Hab Taman Sri Muda (kod hentian bas – SA411) di Persiaran Budiman, Taman Sri Muda untuk ke arah Taman Sri Muda. Manakala untuk ke arah Hab Pasar Seni, adalah sebaliknya. Laluan bas 751 melewati Brickfields, Lebuhraya Persekutuan, Persiaran Selangor dan Persiaran Budiman.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | 751" [MyRapid - Hentian Bas | 751]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.