Technirama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Technirama 8 perf 35 mm film.png
Filem kamera melintang Teknirama 35 mm 8 tebukan. Perhatikan bulatan ini dihimpit pada pekali 1.5.

Technirama ialah proses layar yang pernah digunakan oleh sesetengah syarikat penerbitan filem sebagai gantian CinemaScope. Ia mula digunakan pada tahun 1957 tetapi menjadi lapuk pada 1960-an. Proses ini dicipta oleh Technicolor sebagai proses anamorfik dengan nisbah layar yang sama dengan CinemaScope dipertingkat (2.35:1) yang dijadikan piawaian, tetapi sebenarnya 2.55:1 pada negatif filem.

Teknikal[sunting | sunting sumber]

Kamera Technirama menggunakan filem yang dua kali lebar filem CinemaScope, untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan kurang berbintik-bintik. Kamera Technirama menggunakan filem 35-mm, menjalankan filem secara melintang dan menggunakan bingkai lapan tebukan yang dua kali ganda saiz biasa, sama dengan VistaVision. Kadang-kadang, kamera VistaVision juga disesuaikan untuk Technirama. Technirama menggunakan kanta anamorfik (himpit) 1.5:1 untuk merakam imej yang lebih lebar. Di makmal, negatif melintang 8 tebukan ini "ditiup turun" dengan himpitan 1.33:1 untuk membuat teraan normal (berjalan menegak) 4 tebukan normal dengan imej bernisbah himpit 2:1, iaitu sama dengan CinemaScope. Teraan ini boleh ditayangkan dengan kanta unjuran yang sama dengan keluaran CinemaScope tetapi gambarnya jauh lebih jelas kerana negatif aslinya yang dua kali besar.

Nama Super Technirama 70 digunakan pada filem-filem yang dirakamkan dalam bentuk Technirama dan beberapa teraan dibuat pada filem 70-mm dengan menyahhimpit imej. Teraan sebegini adalah serasi dengan yang dibuat melalui proses negatif 65 sebagai Todd-AO dan Super Panavision. Mutu filemnya mungkin sangat baik tetapi kurang sedikit berbanding proses-proses tersebut kerana negatifnya tidak sebesar mana dan perlu ditera secara optik.

Technicolor menukarkan 12 buah kamera Three-Strip yang lapuk selepas tahun 1955 kepada kamera VistaVision dengan menggunakan pergerakan kamera yang dibekalkan oleh Mitchell Camera Corporation, iaitu pembekal kamera Three-Strip yang asli pad tahun 1932 Selepas penghantaran kamera Mitchell Vistavision oleh Mitchell Camera Corporation pada tahun 1956, penukaran Technicolor Three-Strip pun menjadi lapuk dan hanya sekadar imbuhan kepada pengendalian Technicolor. Kamera Three-Strip VistaVision yang diubah suai ini menjadi kamera Technirama piawai yang kemudiannya diikuti oleh beberapa kamera VistaVision mudah alih Paramount yang dipasang dengan optik anamorf.

Beberapa judul filem 8 tebukan telah dipelihara dalam filem 65mm, tetapi kebanyakannya sudah dipindahkan kepada filem 35mm ataupun dianggap tidak boleh ditera.

Warnanya diserlahkan melalui penggunaan proses pengembangan khas yang digunakan sebaiknya dalam filem The Vikings (1958) dan The Music Man (1962). Bagaimanapun, tidak lebih 40 filem diterbitkan melalui proses ini di Amerika Syarikat. Technirama lebih disambut baik dan bertahan lama di Eropah. Walt Disney Productions pernah menggunakan proses ini dua kali untuk filem cetera animasi, iaitu Sleeping Beauty (1959), dan The Black Cauldron (1985).

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Filem: 35 mm berjalan melintang dengan lapan tebukan pada 24 bidang sesaat.
  • Luas filem: 1.496" (38 mm) × 0.992" (25.2 mm).
  • Kuasa anamorf: 1.5
  • Nisbah bidang: 2.35:1.(Teraan) 2.55:1(Negatif)

Filem[sunting | sunting sumber]

Lihat Senarai filem Technirama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]