Tempoh Biru Picasso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tempoh Biru (Sepanyol: Período Azul atau bahasa Inggeris: Blue Period) merupakan istilah yang digunakan untuk menentukan karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis Sepanyol, Pablo Picasso dari tahun 1901 sehingga 1904 ketika beliau menggunakan warna biru dan biru-hijau (sesekali ditambah dengan warna lain) dalam lukisan beliau. Hasil-hasil kerja yang diinsipirasikan dari Sepanyol serta dilukis di Barcelona dan Paris ini merupakan antara karya popoluar Picasso, meskipun beliau menghadapi masalah menjualnya pada masa tersebut.

Titik permulaan tempoh ini tidak pasti; ia mungkin bermula di Sepanyol pada musim bunga tahun 1901 atau di Paris pada separuh kedua tahun.[1] Dalam pemilihan warna dan subjek yang pelik—pelacur, pengemis dan pemabuk sering dijadikan subjek lukisannya—Picasso banyak dipengaruhi perjalanan sepanjang Sepanyol dan rakanya, Carlos Casagemas yang membunuh diri dengan menembak diri sendiri pada 17 Februari 1901 di L’Hippodrome Café di Paris, Perancis. Picasso menyatakan, "Saya mula melukis dalam biru apabila saya mengetahui kematian Casegemas",[2] sejarah seni, Hélène Seckel pula menulis: "Walaupun kita mungkin betul untuk mengekalkan justifikasi psikologi ini, kita sepatutnya melupakan kronologi peristiwa: Picasso tidak berada di sana apabila Casagemas membunuh diri di Paris ... Apabila Picasso pulang ke Paris pada bulan Mei, beliau tinggal di dalam studio yang ditinggalkan rakannya, dimana dia bekerja selama beberapa minggu untuk mempersiapkan pamerannya untuk Vollard".[3] Karya-karya Picasso di galeri Ambroise Vollard pada musim panas dicirikan dengan "palet yang mempersonakan dan subjek yang penuh semangat".[2] Keadaan psikologi Picaso bertambah teruk bermula 1901.

Pada akhir 1901, Picasso mula menghadapi kemurungan yang teruk[4] dan tona biru mula mendominasi lukisannya. Lukisan beliau, La mort de Casagemas yang telah siap pada awal tahun sebelum kematian Casegemas dihasilkan dengan warna panas dan terang. Casagemas in His Coffin diyakini sebagai lukisan pertama Picasso dalam Tempoh Biru yang disiapkan pada tahun 1901 ketika beliau menghadapi kemurungan yang teruk. Picasso yang kebiasanya gemar keluar bersosial, telah mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Picasso menghadapi kemurungan selama beberapa tahun.[5] Kerjaya Picasso dilihat berkembang sebelum tahun 1901 dan pada awal tahun tersebut beliau telah mengalami "kegemilangan" di Paris. Namun, pengkritik dan penggemar seni mula tidak berminat dengan hasil kerja Picasso apabila beliau memfokuskan subjek masyarakat miskin dan terbuang, dan aksen dengan sayu tona biru. Masyarakat tidak berminat untuk menayangkan karya-karya Tempoh Biru dalam rumah mereka.[4] Picasso terus melukis, namun beliau menghadapi masalah kewangan:

His pictures, not merely melancholy but profoundly depressed and cheerless, inspired no affection in the public or in buyers. It was not poverty that led him to paint the impoverished outsiders of society, but rather the fact that he painted them that made him poor himself.[6]

Dari tahun 1901 hingga 1903, beliau melukis beberapa potret anumerta Casagemas, yang memuncak dalam lukisan allegorikal suram La Vie, dilukis pada tahun 1903 dan kini berada di Muzium Kesenian Cleveland.[7] Mood yang sama dizahirkan dalam lukisan The Frugal Repast (1904) yang menggambarkan seorang lelaki buta dan seorang wanita celik, kedua-duanya kurus, duduk di sebuah meja. Kebutaan menjadi tema berulang dalam karya-karya Picasso pada tempoh ini, yang juga ditonjolkan dalam lukisan The Blindman's Meal (1903, Muzium Kesenian Metropolitan) dan dalam potrait Celestina (1903).

Tempoh Biru Picasso diikuti dengan Tempoh Ros. Pertarungan Picasso dengan kemurungan berakhir secara beransur-ansur, dan ketika keadaan psikologinya bertambah baik, beliau banyak berkarya dengan karya yang penuh keceriaan, bersemangat, dan menekankan penggunaan warna merah jambu ("ros" dalam bahasa Perancis) dan warna-warna hangat yang lain untuk mengekspresikan peralihan mood dan subjek.

Lukisan beliau Potrait Suzanne Bloch (1904), merupakan salah satu karya terakhirnya dalam Tempoh Buru dan ia pernah dicuri dari Muzium Kesenian São Paulo pada 20 Disember 2007 sebelum ditemui semula pada 8 Januari 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cirlot, 1972, p.127.
  2. ^ a b Wattenmaker and Distel, 1993, p. 192.
  3. ^ Wattenmaker and Distel, 1993, p. 304.
  4. ^ a b Solomon, Barbara Probst (September 11, 1995). "Callow Young Genius". New York Magazine. m/s. 83. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ Bleicher, Steven (2011). Contemporary Color: Theory and Use. Cengage Learning. m/s. 47–8. ISBN 978-1-111-53891-0.
  6. ^ Warncke, Carsten-Peter and Walther F. Ingo (1997). Pablo Picasso: 1881-1973. Taschen. m/s. 31. ISBN 978-3-8228-8273-3.
  7. ^ Wattenmaker and Distel, 1993, p. 304

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Cirlot, Juan-Eduardo (1972). Picasso: Birth of a Genius. New York and Washington: Praeger.
  • Palermo, Charles (2011). Picasso's False Gods: Authority and Picasso's Early Work. Diarkibkan 2020-09-10 di Wayback Machine nonsite.org 1 (February 2011).
  • Wattenmaker, Richard J.; Distel, Anne, et al. (1993). Great French Paintings from the Barnes Foundation. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 0-679-40963-7
  • Becht-Jördens, Gereon; Wehmeier, Peter M. (2003). Picasso und die christliche Ikonographie. Mutterbeziehung und künstlerische Position. Berlin: Dietrich Reimer Verlag. ISBN 3-496-01272-2