The BFG (filem 2016)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The BFG
PengarahSteven Spielberg
Lakon layarMelissa Mathison
BerdasarkanThe BFG oleh
Roald Dahl
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJanusz Kamiński
Disunting olehMichael Kahn
Muzik olehJohn Williams
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Mei 2016 (2016-05-14) (Cannes)
  • 01 Julai 2016 (2016-07-01) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
117 minit [2]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$140 juta[3]
Pecah panggung$183.3 juta[4]

The BFG merupakan sebuah filem pengembaraan, fantasi dari Amerika Syarikat yang diarahkan dan diterbit bersama oleh Steven Spielberg, ditulis oleh Melissa Mathison dan berdasarkan novel The Bfg oleh Roald Dahl. Filem ini dibintangi oleh Mark Rylance, Ruby Barnhill, Penelope Wilton, Jemaine Clement, Rebecca Hall, Rafe Spall dan Bill Hader. [5][6]

Plot[sunting | sunting sumber]

Sophie, 10 tahun, merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal di rumah anak yatim di London. Beliau gemar membaca buku di waktu malam dan menghidapi insomnia. Pada jam 3:00 pagi, Sophie telah terlihat akan kelibat seorang gergasi tua (Bfg) melewati di tingkap bilik tidurnya. Bfg tersebut telah menangkap Sophie dan membawanya ke Negara Gergasi. Oleh kerana Bfg tersebut telah dilihat oleh Sophie, Sophie tidak dibenarkan pulang kerana gusar akan menghebohkan kewujudkan gergasi kepada orang ramai. Sophie memberitahu Bfg bahawa dia mengalami insomnia dan tidak percaya bahawa Bfg dapat mengawal penyakitnya. Bfg membuatkan Sophie tertidur dan memberi Sophie satu mimpi buruk mengenai cubaan Sophie melarikan diri dan akhirnya dia dimakan oleh gergasi yang lain.

Apabila Sophie tersedar dari mimpi, seekor gergasi pemakan daging yang lebih besar dan buas, Fleshlumpeater telah memasuki rumah gergasi tua itu dan dapat menghidu bau manusia di dalam rumah Bfg. Sophie yang bersembunyi di dalam buah snozzcumber hampir sahaja dimakan oleh Fleshlumpeater sebelum Bfg mengingatkan Fleshlumpeater bahawa dia tidak menyukai sayur-sayuran dan Fleshlumpeater berlalu pergi. Sophie diberikan persalinan baharu. Sophie memujuk Bfg untuk membawanya ke Negara Mimpi untuk menangkap mimpi bersama-sama. Ketika mereka pergi menuju ke Negara Mimpi, mereka secara tidak sengaja telah mengejutkan Fleshlumpeater dan rakan-rakannya dari tidur. Sophie melihat sendiri bagaimana gergasi-gergasi besar tersebut membuli Bfg yang lebih kecil berbanding mereka. Mereka berjaya melarikan diri apabila ribut petir membadai tempat tersebut. Namun, kewujudan Sophie disedari oleh gergasi-gergasi jahat tersebut apabila menjumpai selimut Sophie yang tercicir di tanah.

Setibanya mereka di Negara Mimpi, mereka telah bersama-sama menangkap mimpi dan Bfg menceritakan tentang dia pernah dipanggil "Big Friendly Giant" dan Sophie memutuskan untuk memanggil gergasi tua itu "BFG". Mereka meninggalkan Negara Mimpi dan menuju ke London bagi memberi mimpi indah kepada kanak-kanak yang sedang tidur. Ketika itu Sophie menyedari selimutnya telah hilang. Bfg mula sedar Fleshlumpeater dan rakan-rakannya telah mengetahui kewujudan Sophie. Sophie segera dipulangkan ke tempat asal dan dia terjaga dari tidurnya di hadapan rumah anak yatim yang didudukinya. Bfg memberitahu dia pernah menangkap seorang kanak-kanak lelaki dan tinggal bersamanya, namun kanak-kanak lelaki itu telah dimakan oleh Fleshlumpeater dan rakan-rakannya. Sophie menjatuhkan dirinya dari tingkap dengan harapan Bff akan menangkapnya dari terjatuh, dan Bfg mengambil juga Sophie.

Apabila mereka pulang semula ke rumah BFG, Fleshlumpeater dan rakan-rakannya telah menyerbu rumah Bfg untuk mencari Sophie sambil merosakkan semua hasil kerja Bfg. Sophie menyembunyikan dirinya. Bfg yang marah dengan tindakan gergasi-gergasi tersebut telah menghalau mereka dengan besi panas. Semasa persembunyian itu, Sophie menjumpai tempat kanak-kanak lelaki yang tinggal bersama Bfg sebelum ditangkap gergasi-gergasi pemakan daging itu. Sophie menemui potret Ratu Victoria bersama-sama barangan milik kanak-kanak lelaki tersebut. Sophie merancang untuk memberi mimpi buruk kepada Ratu Elizabeth. Mimpi tersebut adalah mengenai kanak-kanak di England di makan oleh gergasi, tentera British melawan gergasi-gergasi tersebut, dan Sophie berdiri di jendela bilik tidur Ratu.

Mereka menuju ke Istana Buckingham di mana apabila bangun dari mimpi ngeri, Ratu dan pembantunya Maria mendapati Sophie di jendela sama seperti dalam mimpi Ratu bersama-sama dengan Bfg. Hanya Bfg sahaja yang menunggu Sophie di luar di istana. Sophie dan Bfg memaklumkan kepada Ratu, Mary, dan Mr. Tibbs bahawa gergasi pemakan budak dalam mimpi Ratu adalah nyata dan ia mesti dihentikan sebelum gergasi-gergasi itu menimbulkan kemudaratan kepada rakyat. Selepas sarapan bersama, Ratu telah menghantar bala tentera ke Negara Gergasi untuk membantu menentang gergasi-gergasi pemakan daging tersebut.

Bfg merancang untuk memberi gergasi-gergasi tersebut itu suatu mimpi ngeri dan penyesalan agar memudahkan untuk ditangkap oleh pihak tentera sehingga mereka akan menjadi lebih patuh. Namun, Fleshlumpeater telah terjaga dari tidur terlebih dahulu dan mula membuat menangkap Sophie. Sophie sempat menyebarkan mimpi-mimpi buruk tersebut dan menyelinap masuk ke setiap tubuh para gergasi yang lain. Walaupun begitu, helikopter tentera British dengan mudah mengalahkan dan menawan Fleshlumpeater bersama-sama gergasi yang lain. Mereka telah dihumban ke sebuah pulau dan diberikan banyak benih snozzcumber di dalam sebuah peti yang di telah anugerahkan oleh Ratu.

Selepas itu, Sophie mula tinggal di istana bersama Ratu dan Mary, manakala BFG kembali ke Negara Gergasi untuk meneruskan mimpi kepada orang ramai dan mula menamam pelbagai sayur-sayuran yang diilhamnya sewaktu berada di England. Filem ini berakhir dengan Sophie menceritakan bahawa setiap kali dia merasa kesepian, dia akan "bercakap" dengan Bfg kerana Bfg masih boleh mendengar suara Sophie.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Grierson, Tim (May 14, 2016). "'The BFG': Cannes Review". Screen Daily. Dicapai pada Jun 16, 2017.
  2. ^ "The BFG [2D] (PG)". British Board of Film Classification. Jun 17, 2016. Dicapai pada Jun 18, 2016.
  3. ^ Pamela McClintock (June 24, 2016). "July Fourth Box Office: Few Fireworks Expected as 'BFG,' 'Tarzan' Track Poorly". The Hollywood Reporter. Dicapai pada Jun 24, 2016.
  4. ^ "The BFG (2016)". Box Office Mojo. Dicapai pada Januari 28, 2017.
  5. ^ Fleming Jr, Mike (Oktober 27, 2014). "Mark Rylance To Play 'The BFG' In Roald Dahl Adaptation By Steven Spielberg". deadline.com. Dicapai pada Oktober 28, 2014.
  6. ^ "Steven Spielberg Casts 10-Year-Old Ruby Barnhill as Lead in 'The BFG'". thewrap.com. Disember 16, 2014. Dicapai pada Disember 17, 2014.
  7. ^ Fleming Jr, Mike (April 13, 2015). "Disney Signs On To Co-Fi Steven Spielberg's 'The BFG'". Deadline.com. Dicapai pada April 13, 2015.
  8. ^ Dorbbush, Jonathon (Januari 22, 2016). "Sophie steps on some big toes in The BFG poster". Entertainment Weekly. Dicapai pada Mac 6, 2016.
  9. ^ Ge, Linda (Mac 27, 2015). "Bill Hader Joining Steven Spielberg's 'The BFG'". thewrap.com. Dicapai pada Mac 31, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]