The Cheetah Girls

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Cheetah Girls

The Cheetah Girls dalam jelajah One World
Latar belakang
Juga dikenali sebagai TCG
Berasal dari New York, New Jersey, Virginia, Orange County, California,
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Genre Pop, R&B
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2003 —
Label Walt Disney (2003—)
Hollywood (2006—)
Kegiatan berkait Raven-Symoné, 3LW
Laman web www.TCGmusic.com
Ahli
Adrienne Bailon
Sabrina Bryan
Kiely Williams

The Cheetah Girls ialah sebuah kumpulan vokal Amerika yang ditubuhkan oleh Syarikat Walt Disney, dan dimasyhurkan oleh telefilem asli Disney Channel The cheetah Girls dan sekuel-sekuelnya, The Cheetah Girls 2 dan The Cheetah Girls: One World. Kumpulan ini telah mengeluarkan tiga album studio, iaitu Cheetah-licious Christmas, In Concert: The Party's Just Begun Tour dan TCG di samping runut bunyi yang bersijilkan Platinum dari RIAA termasuk, The Cheetah Girls , The Cheetah Girls 2 dan The Cheetah Girls: One World. Kesemua album dan runut bunyi mereka pernah memasuki carta Billboard 200. Album pertama mereka dijual mencecah 2 juta salinan.

Kumpulan ini telah turut menjayakan jenama busana, wangian, anak patung, hiasan rumah, siri buku dan permainan video, di samping menjayakan dua jelajah seluruh negara, iaitu Cheetah-licious Christmas Tour dan The Party's Just Begun Tour. The Cheetah Girls telah meraih lebih AS$26 juta dari jelajah mereka,[1] sementara cenderahati dagangan Cheetah Girls pula memperoleh hasil melebihi AS$17 juta.[2] Kumpulan ini telah meraih satu anugerah Radio Disney dan satu 'Communications Award'.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Catatan
2003 The Cheetah Girls The Cheetah Girls [Raven-Symoné sebagai Galleria Garibaldi, Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] Dirakam di Toronto, Kanada dan Manhattan, Bandar Raya New York
2006 The Cheetah Girls 2 The Cheetah Girls [Raven-Symoné sebagai Galleria Garibaldi, Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] Dirakam di Barcelona, Sepanyol
2008 The Cheetah Girls: One World The Cheetah Girls [Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] Dirakam di Udaipur, India. Tidak dibintangi Raven-Symoné.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Album lain[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]