The Curve (pusat beli-belah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari The Curve)
Lompat ke: pandu arah, cari
The Curve

The Curve merupakan sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor bersebelahan dengan Tesco dan e@Curve.

The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang ulung di Malaysia dengan dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.

Keluasan tanah bersih (ruang yang boleh disewa untuk kedai makan, fesyen dan pejabat) The Curve kira-kira 63,000 meter persegi, turut didampingi hotel Royale Bintang yang bertaraf empat bintang, plaza umum, laluan mesra pejalan kaki ke IKEA, Tesco dan Cinelesure Damansara serta tempat letak kereta bawah tanah beraras dua yang boleh menampung sebanyak 2,400 buah kereta.