Theebaan G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Theebaan G.
தீபன் கோவிந்தசாமி
Kelahiran
Theebaan a/l Govindasamy

PendidikanKejuruteraan Petroleum
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia (UPM)
PekerjaanAtlet seni bela diri, pelakon
Tahun aktif2010–kini

Theebaan Govindasamy (Tamil: தீபன் கோவிந்தசாமி) ialah seorang atlet dan pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam sukan seni bela diri campuran (MMA), beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak lakonannya sebagai Shailesh dalam filem aksi ketenteraan 2018, PASKAL arahan Adrian Teh.[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak, Theebaan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Universiti Putra Malaysia (UPM).[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau didedahkan dengan karate oleh ibu bapanya pada usia 5 tahun. Beliau menjadi juara Malaysian Invasion MMA (MIMMA) Welterweight Musim 4 pada 2016 mengalahkan Gino Tan dengan guillotine choke.[3]

Pada tahun 2017 semasa bertanding secara aktif dalam liga MIMMA 5, beliau telah dipilih sebagai wakil tunggal Malaysia ke Kejohanan Dunia IMMAF (Persekutuan MMA Antarabangsa) di Bahrain. Theebaan layak ke Pusingan Akhir MIMMA 5 pada Mac 2018 dan bertarung dengan rakan sepasukannya Ahmed Zahreh. Ia merupakan pertempuran yang sengit dan selepas 5 pusingan, Ahmed menang dengan keputusan sebulat suara. Berikutan itu, Theebaan telah dicalonkan dalam Asia MMA Awards 2018 untuk Pejuang Amatur Terbaik Tahun ini dan muncul sebagai pemenang.[3]

Kerjaya lakonan Theebaan bermula apabila beliau ditawarkan membintangi filem aksi ketenteraan, PASKAL (2018) arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Shailesh.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 PASKAL Shailesh Marimuthu / Misi Filem pertama
2020 Pasal Kau! MC
2021 J2: J Retribusi Ivan
Ada Hantu Suresh
2022 Ada Hantu 2 Suresh
2023 Malbatt: Misi Bakara Lans Koperal Shah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Special Force: Anarchy Tareeq Disney+ Hotstar Drama pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamaruddin Razal (17 September 2018). "Dari Bidang Sukan Ke Pentas Lakonan, Paskal The Movie Perkenalkan Nama Theeban Govindasamy". Astro Gempak. Dicapai pada 9 April 2019.
  2. ^ Kenneth Chaw (6 November 2018). "'Paskal' actor Theebaan G is a 7-time national karate champion" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 April 2019.
  3. ^ a b c "Interview with TheeBaan G for PASKAL The Movie" (dalam bahasa Inggeris). Warriors Asia. Dicapai pada 10 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]