Ammar Alfian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ammar Alfian
Kelahiran
Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri

(1987-04-05) 5 April 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
PasanganNelissa Nezam (k. 2017–2019)

Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri (lahir pada 5 April 1987) lebih dikenali sebagai Ammar Alfian merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Nama beliau melonjak naik setelah membintangi drama Tari Tirana yang bersiaran di TV3. Drama ini menggunakan konsep tarian dan kuliah serta kehidupan pelajar mahasiswa.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ammar Alfian Aziz dilahirkan pada 5 April 1987 di Cardiff, United Kingdom (UK).[1] Beliau juga berasal dari Johor Bahru dan merupakan anak tunggal. Mempunyai Sijil Sarjana Muda Sains dan Kesihatan. Selain itu, beliau merupakan anak kepada Ibubapa professor di UTM Skudai.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ammar mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja yang turut disertai oleh Kamal Adli dan Fizo Omar. Beliau menempa populariti setelah membintangi drama Tari Tirana sebagai peneraju utama bersama Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah pada tahun 2009.[2]

Kerjaya Ammar di layar lebar bermula dengan menjayakan watak sebagai orang kanan Tailong dalam filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Beliau melakonkan watak sebagai Zariff a.k.a Jeb dalam filem ketenteraan PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ammar telah sah menjadi suami kepada Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016 tetapi mereka bercerai pada tahun 2020.[4]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini berkahwin dengan Syamsul Yusof. Dikatakan bahawa beliau pernah berkrisis dengan Syamsul sehingga menumbuk Syamsul gara-gara Syamsul merampas Puteri Sarah serta menghina Ammar di Twitter.[5]

Beliau kini menetap di Melbourne, Australia, dan dalam proses memohon untuk menjadi pemastautin tetap negara itu.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 KL Gangster 2 Orang Kanan Tailong Filem pertama
2016 Showdown The Movie Ryan
Langit Cinta Jali
2018 PASKAL Jeb Filem aksi paling tinggi kutipan dengan RM30.5 juta
2024 Legasi Wira Merah Razak Pos-produksi
TBA Perisik Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Tari Tirana Neo/Hassan TV3 Drama pertama
2010 Nur Fansuri TV1
Kem Pink Cikgu Aizat TV3
Dia Atilia Ad Astro Prima
2011 Cinta Luhur Ezumin Ayed TV2
Sirah Cinta Razali TV1
Sahara Ashraf TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Ery TV2
2013 Musim Cinta Belum Berlalu Fahri TV1
2014 Gerak Khas (Musim 14) Ricky TV2 Episod: "Sherry"
Bila Chacha Masuk Asrama Cikgu Adan TV3
2015 Puteri Gunung Ledang Rayyan Unifi TV
Nasuha Rocky TV9
Eksperimen Cinta Adam Harris TV3
Abang Sado Jemur Kain Zack
Syurga Nur Nik Safuan
Hello, Mr. Perfect! Aizat
2016 Bodyguard
TBA Bukan Takdir Kita Bodyguard Datin

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
2011 Cinta Terlepas Pandang TV1
Gamitan Bayu Kasih TV2
Kasanova Metropolitan Kassim TV1
2015 Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Rafiq TV9
2016 Jauh Zahar Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gambar Nikah Ammar Alfian dan Nelissa Nezam Blog Mazeer (12 Mac 2016). Dicapai pada 12 Mac 2016.
  2. ^ Ammar Alfian muhasabah diri Diarkibkan 2015-03-15 di Wayback Machine Kosmo! (15 Mac 2015). Dicapai pada 15 Mac 2015.
  3. ^ Michelle Gun (2 Mac 2018). "Ammar teruja 'masuk' PASKAL". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
  4. ^ Ammar kahwin senyap sebab merajuk - Hiburan Diarkibkan 2016-08-06 di Wayback Machine Kosmo! (13 Mac 2016). Dicapai pada 13 Mac 2016.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (29 April 2013). Ammar Alfian dedah Puteri Sarah bercinta dengan Syamsul Yusof mSTAR Online. Diperoleh pada 29 September 2013.
  6. ^ Peminat tak nak tahu kisah saya - Ammar Alfian. Berita Harian (9 Oktober 2016). Dicapai pada 9 Oktober 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]