Thomas Eugene Kurtz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thomas Eugene Kurtz

Thomas Eugene Kurtz (lahir 22 Februari 1928) ialah ahli sains komputer Amerika yang membangunkan bahasa pengaturcaraan BASIC pada 1963/64, bersama-sama dengan John George Kemeny. Pada 1991, Computer Society menganugerahi Kurtz dengan Anugerah Perintis Komputer lalu pada 1994, beliau dilantik sebagai Fellow oleh Association for Computing Machinery.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Oak Park, Illinois, Kurtz menyertai Knox College di Galesburg, Illinois, dengan tujuan untuk mengambil fizik sebagai mata pelajaran utamanya. Bagaimanapun, atas cadangan penasihatnya agar mempertimbangkan kerjaya statistik yang memberikannya peluang untuk menggunakan kemahiran matematiknya pada banyak masalah saintifik, Kurtz menukarkan mata pelajaran utama pada tahun terakhir kursusnya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang matematik pada 1950.[1]

Pada 1951, pengalaman pertama Kurtz dalam pengkomputan datang sewaktu menyertai Sesi Musim Panas di Institut Analisis Berangka, University of California, Los Angeles (UCLA). Minatnya sejak waktu itu termasuk analisis berangka, statistik, dan sains komputer. Kurtz kemudian menerima ijazah kedoktorannya daripada Princeton University pada 1956. Di sana, beliau menjadi penasihat kepada John Tukey lalu menyertai Pusat Pengajian Matematik di Dartmouth College sebagai pensyarah pada tahun yang sama.

Pada 1963/64, Kurtz and Kemeny membangunkan versi pertama Sistem Pengongisan Masa Dartmouth, sebuah sistem pengongsian masa untuk kegunaan universiti, serta juga bahasa BASIC[B]. Beliau kemudian menjadi pengarah kepada:

Selepas itu, Kurtz kembali kepada pengajaran penuh masa sebagai Profesor Matematik, dengan tekanan pada statistiks dan sains komputer.

Kurtz juga pernah bertindak sebagai Pengerusi Majlis dan Pemegang Amanah NERComP serta juga menganggotai Panel Pierce bagi Jawatankuasa Penasihat Saintifik Presiden. Beliau juga berkhidmat dalam jawatankuasa pemandu untuk projek CONDUIT dan persidangan CCUC tentang pengkomputan pengajaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Book Rags: World of Computer Science on Thomas Eugene Kurtz