Tiga Belas Jajahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tiga belas koloni atau jajahan merupakan sebahagian daripada Amerika British, nama yang digunakan oleh Great Britain untuk tiga belas negeri asal Amerika Syarikat sehinggalah Perjanjian Paris pada tahun 1783 yang memperakui kemerdekaan Amerika Syarikat. Jajahan British di Amerika Utara ini memberontak ke atas pemerintahan British pada tahun 1775 kerana cukai yang dikenakan Great Britain ke atas jajahan. Kerajaan sementara ditubuhkan dan perisytiharan kemerdekaan dibuat pada tahun 1776 yang kini diraikan setiap 4 Julai.

Koloni[sunting | sunting sumber]

Koloni-koloni Britain di Amerika Utara pada sekitar tahun 1750. 1: Newfoundland; 2: Nova Scotia; 3: Tiga Belas Koloni; 4: Bermuda; 5: Bahamas; 6: British Honduras; 7: Jamaica; 8: Lesser Antilles
Koloni-koloni Amerika Utara pada 1763-76
Pada tahun 1775, Britain menuntut kekuasaan ke atas kawasan-kawasan berwarna merah dan merah jambu manakala Sepanyol memerintah di kawasan berwarna oren. Kawasan berwarna merah adalah "Tiga Belas Koloni" yang dibuka untuk penempatan selepas Penisytiharan 1763
Peta Amerika Syarikat pada masa ini dengan menunjukan wilayah pengganti langsung kepada "Tiga Belas Koloni" asal yang telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Great Britain pada tahun 1776. Negeri-negeri pengganti tidak langsung iaitu (Maine, Virginia Barat), Daerah Columbia dan negeri-negeri yang menyertai kesatuan selepas Perang Revolusi Amerika tidak dimasukkan.

Dokumen-dokumen pada zaman itu biasanya menyenaraikan tiga belas koloni British Amerika Utara mengikut turutan geografi, bermula dari utara ke selatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The present State of Vermont was disputed between the colonies of New York and New Hampshire. From 1777 to 1791, it existed as the de facto independent Vermont Republic.