Tikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tikus
Julat zaman: Pleistocene Awal – kini
Tikus Hitam (Rattus rattus)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Superkeluarga: Muroidea*
Keluarga: Muridae
Subkeluarga: Murinae
Genus: Rattus
Fischer de Waldheim, 1803
Spesies

50 spesies; lihat teks
*Beberapa subkeluarga Muroid
termasuk binatang dipanggil tikus.

Sinonim

Stenomys Thomas, 1910

Tikus (Jawi: تيکوس) ialah rodensia pelbagai saiz sederhana dan berekor panjang dalam superkeluarga Muroidea. "Tikus sejati" merupakan ahli-ahli genus Rattus, terutama sekali tikus hitam, Rattus rattus, dan tikus mondok, R. norvegicus. Kebanyakan ahli genera dan famili rodensia lain juga dipanggil tikus dan banyak berkongsi ciri-ciri dengan tikus sebenar. Jangka hayat tikus ini puratanya 2-3 tahun[1].

Perangkap tikus jenis sangkar yang memerangkap tikus hidup-hidup.

Tikus bergenus Rattus lebih besar daripada mencit bergenus Mus dari segi saiznya; panjang badan tikus biasanya melebihi 12 cm (5 in).