Toltec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaum Toltec (atau Toltec atau Tolteca) merupakan orang asli Amerika, Pre-Columbian yang menguasai kebanyakan dari tengah Mexico antara abad ke 10 dan abad ke 12 SM. Bahasa mereka - Nahuatl - juga dipertuturkan oleh kaum Aztek.

Kaum Toltec pada mulanya dikelaskan sebagai orang nomad yang cenderung kepada kuasa ketenteraan, dan mereka atau leluhur (nenek moyang) mereka mungkin bertanggung jawab merompak bandar Teotihuacan (sekitar. 750). Setelah mereka berubah kepada penduduk kediaman yang tetap, kaum Toltec telah menggabungkan negeri-negeri kecil di Mexico Tengah dan membentuk satu empire yang diperintah dari ibu negeri mereka, Tula (juga dikenali sebagai Tolán). Kaum Toltec merupakan pembina kuil yang agung. Pengaruh kaum Toltec merebak dikebanyakan Mesoamerika dalam tempoh post-Klassic. Pengaruh Toltec ke atas kebudayaan Maya di Yucatán amat kuat, ini jelas kelihatan di bandar Chichen Itza. Barangan seramik mereka telah ditemui sehingga Costa Rica di bahagian selatan.