Pergi ke kandungan

Mesoamerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesoamerika dan kawasan kebudayaannya

Mesoamerika (Sepanyol: Mesoamérica) merupakan kawasan antara tengah Mexico melalui Amerika Tengah yang menghasilkan tamadun yang berkait sebelum Christopher Columbus sampai. Mesoamerika merupakan istilah umum merujuk kepada kumpulan kebudayaan pra-Columbia sebelum penjajahan Sepanyol ke atas Amerika pada abad ke-15 dan 16.[1]

Ciri-ciri Mesoamerika termasuk pertanian giat berasaskan jagung; penyembahan set dewa-dewa termasuk dewa hujan, dewa matahari, dewa ular bebulu pelepah (Quetzalcoatl); sistem nombor Vigesimal; penggunaan takwim upacara 260 tambahan kepada takwim solar; pembinaan kuil di puncak piramid bertingkat; permainan bola Mesoamerika; dan pelbagai kebiasaan kesenian dan kebudayaan.

Kebudayaan Mesoamerika termasuk Olmec, kebudayaan Maya, Mixtec, Zapotec, Huastec, Tarascan, Teotihuacan, Totonac, Toltec, dan Aztek.

Dalam tulisan dari 1920an dan 1930an istilah alternative Amerika tengah telah digunakan sebagai merujuk kepada Mesoamerika, tetapi telah ditinggalkan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
<<Ancient Mesoamerican agriculture>>
<<Aztec calendar>>
<<Aztec mythology>>
<<Human antiquity in Mesoamerica>>
<<The jaguar in Mesoamerican culture>>
<<Maya numerals>>
<<Maya calendar>>
<<Mesoamerican chronology>>
<<Obsidian use in Mesoamerica>>
<<Spanish conquest of Yucatán>>
<<Trephinning in pre-Columbian Mesoamerica>>
  1. ^ (2000): Atlas del México Prehispánico. Revista Arqueología mexicana. Número especial 5. Julio de 2000. Raíces/ Instituto Nacional de Antropología e Historia. México.