Toyota Mark II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toyota Mark II
Toyota Mark II Grande (JZX100)
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenali
  • Toyopet Corona Mark II (1968–1980)
  • Toyota Corona Mark II (1968–1976)
  • Toyota Cressida (1976–1992)
PengeluaranSeptember 1968 – October 2004 (Mark II Blit/produksi wagon hingga tahun 2007)
Pemasangan
  • Jepun: Toyota, Aichi (Kilang Motomachi (September 1968 – Oktober 1993)
  • Jepun: Miyawaka, Fukuoka (Toyota Motor Kyushu) (Disember 1992 – Oktober 2000)[1][2]
  • Indonesia: Jakarta (as Cressida)
Pengganti
Kelas
Reka letak
  • FR
  • F4WD (1992–2007)
Berkait

Toyota Mark II (disebut sebagai 'mark two') ialah sebuah kereta kompak yang kemudiannya menjadi sebuah sedan bersaiz sederhana yang dihasilkan dan dijual oleh Toyota Motor Corporation dari tahun 1968 hingga tahun 2004. Sebelum tahun 1972, model ini dikenali sebagai Toyota Corona Mark II. Di beberapa pasaran eksport, toyota menjual kereta ini sebagai Toyota Cressida dari tahun 1976 higga 1992 yang merangkumi empat generasi. Toyota meggantikan Cressida pacuan roda belakang (RWD) di Amerika Utara dengan Avalon pacuan roda depan (FWD). Kesmua Cressida dan Mark II dihasilkan di kilang Motomachi di Toyota, Aichi, Jepun dari September 1968 hingga Oktober 1993 dan kemudiannya di kilang Toyota Motor Kyushu di Miyata dari Disember 1992 hingga Oktober 2000, dengan beberapa model dipasang di Jakarta, Indonesia sebagai Cressida.


Generasi Pertama (1968-1971)[sunting | sunting sumber]


Generasi Kedua (1972-1976)[sunting | sunting sumber]


Generasi Ketiga (1977-1980)[sunting | sunting sumber]


Generasi Keempat (1981-1984)[sunting | sunting sumber]

Kereta dengan platform X60 ini dihasilkan dalam bentuk Sedan, Hardtop, dan Station Wagon. Corona Mark II hadir di Indonesia hanya dalam model Sedan DX dilengkapi enjin 4 silinder 21R 2000 cc.


Generasi Kelima (1985-1988)[sunting | sunting sumber]

Toyota Mark II Van GL

Masuk ke Indonesia sebagai Cressida Sedan GLX-i dengan enjin 6 silinder 1G 2000 cc.


Generasi Keenam (1989-1992)[sunting | sunting sumber]


Generasi Ketujuh (1993-1996)[sunting | sunting sumber]

Toyota Mark II JZX90

Mulai sekarang Mark II hanya dijual untuk pasaran domestik Jepun. Cressida untuk export tidak lagi dihasilkan.


Generasi Kelapan (X100;1996-2000)[sunting | sunting sumber]

Generasi kelapan
Toyota Mark II (X100)
Maklumat
Pengeluaran1996–2000
Gaya badanSedan 4-pintu
Enjin
  • 2.0 L 1G-FE l6
  • 2.5 L 1JZ-GE l6
  • 2.5 L 1JZ-GTE turbo I6
  • 3.0 L 2JZ-GE I6
  • 2.4 L 2L-TE Diesel turbo l4
Jarak roda2,730 mm (107.5 in)
Panjang4,760 mm (187.4 in)
Lebar1,755 mm (69.1 in)
Tinggi1,400 mm (55.1 in)
Berat Curb1,480 kg (3,263 lb)
BerkaitToyota Cresta
Toyota Chaser
Pereka bentukTetsuo Hattori

Seperti pendahulunya, Toyota Mark II X100 dijual dengan pelbagai trim yang berbeza. Pengenalan pacuan semua roda (AWD) bagi trim Grande dan trim Grande G serta penggunaan sistem VVTi Toyota pada enjinnya adalah baharu bagi pengeluaran Mark II. Penyeragaman ABS dan sistem kawalan cengkaman elektronik (TCS) juga diperkenalkan. Trim Groire juga telah diberhentikan bagi pengeluaran Mark II.

Toyota Mark II (X100)

Trim asas GL hanya mempunyai enjin empat silinder 2.4 liter 2L-TE diesel-turbo dengan transmisi automatik empat kelajuan. Ia datang berserta dengan ciri asas seperti tingkap kuasa dan kunci pintu elektrik serta penyaman udara automatik, namun pilihan yang lebih 'sporty' hanya tersedia pada trim yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kawalan cengkaman dan ABS tersedia sebagai pilihan.

Trim Grande mempunyai banyak pilihan dan ciri yang tersedia termasuk stereng condong, ABS, kawalan cengkaman dan AWD. Trim Grande mempunyai pilihan enjin 2.0 liter 1G-FE dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan, enjin 2.4 liter 2L-TE atau enjin 2.5 liter 1JZ-GE yang kedua-duanya mempunyai transmisi automatik 4-kelajuan. Trim terbaharu bagi model 1996 ialah Grande Four, sebuah varian pacuan empat roda bagi Grande, yang dikuasai oleh enjin 1JZ-GE dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Versi Grande G tersedia dengan sama ada 1JZ-GE atau 2JZ-GE dan automatik 4-kelajuan. "Pakej G" termasuk salutan kulit bagi stereng dan tempat duduk serta tempat duduk hadapan berkuasa. Sebuah trim, Grande G Four juga ditawarkan dengan pilihan enjin 1JZ, transmisi auto 4-kelajuan dan pacuan semua roda.

Kedua-dua rim Tourer, Tourer S dan Tourer V; dibawa dari Mark II siri X90. Tourer S mempunyai enjin 1JZ-GE dengan automatik 4-kelajuan. Manakala, Tourer V pula menerima beberapa perbezaan yang ketara daripada siri X90: bersama dengan pelaksanaan ETCS dan VVTi, enjin kini menerima aruhan paksa melalui satu pengecas turbo bersaiz besar berbanding dua yang lebih kecil dalam konfigurasi selari. Menurut Toyota, ini melancarkan keluk tork yang membolehkan enjin memberikan lebih tork pada RPM yang lebih rendah dan dengan VVTi, dapat meningkatkan penjimatan bahan api kereta.

Mark II Qualis (XV20; 1997–2002)[sunting | sunting sumber]

Mark II Qualis (1997) (berdasarkan Camry wagon)

Untuk terus menawarkan pelanggan Mark II pilihan untuk membeli station wagon di lokasi Toyopet Store, Toyota memperkenalkan Toyota Mark II Qualis yang hampir sama dengan station wagon berasaskan Camry yang dipanggil Camry Gracia. Gracia adalah eksklusif untuk lokasi Toyota Corolla Store bersebelahan dengan Camry.

Generasi Kesembilan (2000-2004)[sunting | sunting sumber]

Toyota Mark II JZX110

Ini adalah Mark II sedan terakhir dan setelah itu digantikan oleh Mark X. Model station wagon Mark II Blit tetap dihasilkan beberapa tahun kemudian dan akhirnya digantikan oleh Mark X Zio.

  1. ^ "TOYOTA MOTOR CORPORATION GLOBAL WEBSITE | 75 Years of TOYOTA | General Status of Plants in Japan | Motomachi Plant".
  2. ^ "TOYOTA MOTOR CORPORATION GLOBAL WEBSITE | 75 Years of TOYOTA | General Status of Plants in Japan | Affiliates (Toyota wholly-owned subsidiaries)-Toyota Motor Kyushu, Inc".