Tragedi kereta api Hitrino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada 10 Disember 2016, sebuah kereta api kargo tergelincir, meletup dan terbakar di perkampungan Hitrino di Wilayah Shumen, Bulgaria, yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 29 yang lain.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2016 jam 05:37 waktu tempatan (03:37 UTC),[1] sebuah kereta api Bulmarket dalam perjalanan dari Burgas ke Ruse telah tergelincir di Hitrino, Wilayah Shumen, Bulgaria. Dua gerabak yang membawa propana-butana dan propilena telah merempuh tiang kuasa elektrik sebelum meletup dan terbakar[2][3] meliputi sekurang-kurangnya lima puluh buah bangunan,[4] satu daripanya runtuh dan menimpa beberapa orang kanak-kanak. Tiga orang pengendali kereta api (dua orang pengendali utama dan seorang pengendali lokomotif elektrik) terselamat.[2] Namun, dilaporkan tujuh orang maut[5] dan 29 orang cedera.[6] Pemindahan penduduk setempat telah dilakukan dan 150 orang petugas pemadam api telah diarah ke tempat kejadian[7] dan api berjaya dipadamkan pada waktu tengah hari.[1] Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital di Shumen dan Varna. [3] Terdapat di antara mangsa yang mengalami luka terbakar sehingga 90% pada tubuh mereka.[2]

Dilaporkan terdapat percikan api yang dilihat datang dari lokomotif kereta api tersebut sejurus sebelum kemalangan.[8]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Insiden ini berlaku di laluan kereta api tertua di Bulgaria yang menghubungkan pelabuhan sungai utama negara itu di Danube dengan pelabuhan utama di Laut Hitam di Varna. Laluan ini dibina semasa pemerintahan Uthmaniyyah oleh pelabur-pelabur British pada tahun 1860-an. The line was built during Ottoman rule by British private investors in the 1860s. Stesen kereta api di Hitrino juga merupakan tapak kemalangan kereta api pertama di Bulgaria pada tahun 1867.[9]

Pengendali kereta api Bulmarket Rail Cargo ditubuhkan pada tahun 2004 dan pada tahun yang sama juga memperoleh lesen untuk operasi kereta api. Ia mengendalikan lokomotif elektrik terpakai Denmark (Kelas 86) dan British (Kelas 87). Bulmarket DM, ibu syarikat Bulmarket Rail Cargo, mempunyai ibu pejabat dan pangkalan utama operasi, dengan halaman kereta api sendiri, Port Bulmarket dan kemudahan penyimpanan bahan bakar, di Ruse, Bulgaria.

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Ketua Pendakwaraya Bulgaria membuka siasatan ke atas kemalangan itu.[5] Pemilik Bulmarket DM, Stanko Stankov, menyatakan hasratnya untuk melibatkan pasukan pakar insiden kereta api antarabangsa dari Perancis, Jerman dan Republik Czech untuk menjalankan penyelidikan bebas terhadap kes ini.[10] Namun ia dibantah oleh Pejabat Peguam Negara Bulgaria dengan mengeluarkan kenyataan bahawa menurut undang-undang Bulgaria, siasatan seperti ini sama sekali tidak mempunyai asas dan justifikasi undang-undang, kerana Pejabat Peguam Negara (Главна Прокуратура) dan bahagian khas untuk penyiasatan jenayah dan insiden iaitu Perkhidmatan Siasatan Kebangsaan (Национална Следствена Служба) merupakan satu-satunya badan undang-undang yang dibenarkan oleh undang-undang negara untuk melaksanakan siasatan sebegini. Atas dasar itu, pihak berkuasa polis yang mengawal perimeter tidak membenarkan pakar teknikal yang dilibatkan oleh pengendali kereta api memasuki ke kawasan kemalangan.[11] Penduduk di kawasan yang terjejas juga tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing memandangkan telah diisytiharkan kecemasan, namun sukarelawan dibenarkan berada di Hitrino.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov telah melawat kawasan kejadian. Beliau menyeru orang ramai agar menderma darah bagi menampung keperluan darah di hospital yang semakin berkurangan.[2] Local response alleviated the shortages.[5] Turut melawat kawasan kejadian adalah Menteri Pengangkutan Bulgaria, Ivaylo Moskovski bersama-sama pegawai-pegawai kereta api utama.[12] Hari berkabung kebangsaan telah diadakan pada 12 Disember 2016.[6]

Kerajaan Bulgaria turut mengumumkan dana berjumlah 10 juta leva(€5.1 million) akan disediakan selepas mesyuarat khas Kabinet pada 12 Disember. Wang tersebut akan diagihkan dengan dua cara: 5 juta leva (€2.55 juta) akan diagihkan kepada Perbandaran Hitrino dan lagi 5 juta leva (€2.55 juta) akan diberikan kepada Kementerian Dasar Buruh dan Sosial. Kementerian Dalam Negeri pula mengumumkan mangsa-mangsa yang telah kehilangan dokumen identiti, pasport dan lesen memandu dalam insiden tersebut akan digantikan dengan yang baru secara percuma.[13]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "AFP: 7 killed in blast as Bulgaria gas train derails". Focus News Agency. 10 December 2016. Dicapai pada 11 December 2016.
  2. ^ a b c d "Five killed in Bulgarian explosion following train derailment". Daily Telegraph. Telegraph Media Group Ltd. Dicapai pada 10 December 2016.
  3. ^ a b "Хитрино: преди и след взрива" (dalam bahasa Bulgarian). Capital. Dicapai pada 10 December 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Gigova, Radina. "Bulgaria train derailment: 5 killed in blast". CNN. Dicapai pada 10 December 2016.
  5. ^ a b c "Death Toll of Bulgaria's Hitrino Blast Rises to 7". Novinite.com. Sofia News Agency. Dicapai pada 10 December 2016.
  6. ^ a b "Five killed as cargo train explodes in Bulgaria". Reuters. Dicapai pada 10 December 2016.
  7. ^ "At least four people die after train explodes in Bulgaria". Associated Press. Dicapai pada 10 December 2016.
  8. ^ "Bulgarian Transport Minister on Hitrino train explosion: Sparks were seen coming from locomotive". Sofia Globe. 10 December 2016. Dicapai pada 11 December 2016.
  9. ^ "Hitrino disaster revives issue of rail safety in Bulgaria". Sofia Globe. 11 December 2016. Dicapai pada 12 December 2016.
  10. ^ телевизия, Нова. "УПРАВИТЕЛЯТ НА "БУЛМАРКЕТ": Искам да стигнем до причините за страшния инцидент". Nova.bg.
  11. ^ ""Булмаркет": Властите не допускат в Хитрино чужди експерти по жп катастрофи". Mediapool.bg.
  12. ^ "Bulgarian freight train derails and explodes, killing five". BBC News Online. Dicapai pada 10 December 2016.
  13. ^ "Bulgarian government grants 10M leva to assist blast-hit Hitrino village". Sofia Globe. Dicapai pada 12 December 2016.