Transkei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Transkei, dahulunya sebahagian Bantustan kaum kulit hitam, terletak di negeri Eastern Cape , Afrika Selatan, bersempadan dengan Sungai Umtamuuma di utara dan sungai Great Kei di selatan, menghadap Lautan Hindi di timur dan Banjaran Drakensberg di sebelah barat. Ibunegerinya adalah Umtata.

Kebanyakan kawasannnya adalah tidak sesuai untuk pertanian. Bahasa utama di sini adalah bahasa Xhosa. Pendapatan Transkei diberi oleh kerajaan aparteid Afrika Selatan, dan semua perniagaan dijalankan melalui Afrika Selatan.

Kerajaan Afrika Selatan telah memberikan kemerdekaan pada wilayah ini pada 1976. Transkei diperintah secara kuku besi oleh Ketua Kaizer Daliwonga Matanzima yang juga merupakan anak saudara kepada Presiden Afrika Selatan yang pertama, Nelson Mandela.

Selepas kerajaan kulit hitam berkuasa, semua penempatan kulit hitam termasuk Transkei telah dimansuhkan. Kini, ia menjadi sebahagian negeri Eastern Cape.