Nelson Mandela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nelson Rolihlahla Mandela
OM AC CC OJ GCStJ QC GCH BR RSO NPK
Nelson Mandela menjelang hari lahir ke-90 di Johannesburg pada Mei 2008
Mandela pada Mei 2008

Tempoh jawatan
27 April 1994 – 14 Jun 1999
Timbalan Thabo Mbeki
F.W. de Klerk
Didahului oleh F. W. de Klerk
Diganti oleh Thabo Mbeki

Lahir 18 Julai 1918(1918-07-18)
Mvezo, Cape Province, Afrika Selatan
Meninggal dunia 5 Disember 2013 (umur 95)
Houghton, Johannesburg, Afrika Selatan
Bangsa Afrika Selatan
Parti politik Kongres Kebangsaan Afrika
Pasangan Evelyn Ntoko Mase
(k. 1944–1957; cerai)
Winnie Madikizela
(k. 1958–1996; cerai)
Graça Machel
(k. 1998–2013)
Anak
Kediaman Houghton Estate, Johannesburg, Gauteng, Afrika Selatan
Alma mater University of Fort Hare
University of London External System
University of South Africa
University of the Witwatersrand
Religion Kristian (Methodisme)
Tandatangan Tandatangan Nelson Mandela
Laman web nelsonmandela.org

Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 − 5 Disember 2013)[1] telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2013.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin.

Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

Pembentukan Liga Pemuda ANC[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

Penahanan Nelson Mandela[sunting | sunting sumber]

Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid.

Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama dengan Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain.

Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.

Penjara yang diduduki Nelson Mandela di Robben Island

Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu".

Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan yang lain.

Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan.

Berakhirnya aparteid[sunting | sunting sumber]

Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC.

Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Setelah lama sakit, Mandela meninggal dunia akibat jangkitan peparu pada 5 Disember 2013 di rumahnya di Houghton, Johannesburg.[2] Kematian beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma.[2][3] Beliau dijangka dikebumikan selepas 12 hari.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Nelson Mandela, hero of South Africa, dies at 95". ctvnews.ca. 5 December 2013. Diperoleh pada 5 December 2013. 
  2. 2.0 2.1 "South Africa's Nelson Mandela dies in Johannesburg". BBC News. 5 Disember 2013. Diperoleh pada 5 Disember 2013. 
  3. Polgreen, Lydia (5 Disember 2013). "Mandela's Death Leaves South Africa Without Its Moral Center". The New York Times. Diperoleh pada 5 Disember 2013. 
  4. "Nelson Mandela to get 12 Days Long Farewell before Funeral". Biharprabha News. Diperoleh pada 6 Disember 2013. 
  5. "Nelson Mandela funeral plan". The Guardian. Diperoleh pada 6 Disember 2013. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Templat:Cite contribution
Ellis, Stephen (2011). "The Genesis of the ANC's Armed Struggle in South Africa 1948–1961". Journal of Southern African Studies 37 (4): 657–676. doi:10.1080/03057070.2011.592659. 
Guiloineau, Jean; Rowe, Joseph (2002). Nelson Mandela: The Early Life of Rolihlahla Mandiba. Berkeley: North Atlantic Books. ms. 9–26. ISBN 1-55643-417-0. 
Templat:Cite contribution
Templat:Cite contribution
Templat:Cite contribution
Kalumba, Kibujjo M. (1995). "The Political Philosophy of Nelson Mandela: A Primer". Journal of Social Philosophy 26 (3): 161–171. doi:10.1111/j.1467-9833.1995.tb00092.x. 
Mandela, Nelson (1994). Long Walk to Freedom Volume I: 1918–1962. Little, Brown and Company. ISBN 978-0754087236. 
Mandela, Nelson (2004) [1994]. Long Walk to Freedom Volume II: 1962–1994 (large print edition). London: BBC AudioBooks and Time Warner Books Ltd. ISBN 978-0754087243. 
Templat:Cite contribution
Meredith, Martin (2010). Mandela: A Biography. New York: PublicAffairs. ISBN 978-1586488321. 
Sampson, Anthony (2011) [1999]. Mandela: The Authorised Biography. London: HarperCollins. ISBN 978-0007437979. 
Smith, David James (2010). Young Mandela. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0297855248. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
F. W. de Klerk
Presiden Afrika Selatan
1994–1999
Diikuti oleh:
Thabo Mbeki
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Oliver Tambo
Presiden Kongres Kebangsaan Afrika
1991–1997
Diikuti oleh:
Thabo Mbeki
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Andrés Pastrana Arango
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
1998–1999
Diikuti oleh:
Thabo Mbeki