Trompet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Trompet Bb.

Trompet ialah instrumen bras digunakan terutamanya dalam muzik klasik dan jazz. Jenis trompet yang paling biasa ialah trompet Bb, bermaksud jika pemain bermain C, ia akan berbunyi seperti Bb dalam pic konsert. Trompet dimainkan dengan meniup ke dalam pemipit dan membuat bunyi "buzz". Terdapat tiga kunci dipanggil injap yang dapat pemain tekan untuk mengubah pic.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Trompet telah wujud kira-kira 3000 tahun lalu. Contoh instrumen bras awal seperti trompet dipanggil shofar yang masih digunakan dalam acara keagamaan. Akhirnya manusia mula mencipta instrumen seperti trompet dengan kayu (contohnya, korneto), dan kemudian, dengan loyang.